Friday, November 10, 2006

Baliklah Ke Pangkal Jalan.

Menerbitkan majalah bukan satu pekerjaan yang mudah atau boleh dibuat dengan sebelah mata sahaja. Lebih-lebih lagi majalah yang berbentuk komik dan artikel. Banyak segi perlu diperhatikan kerana ianya melibatkan ramai pihak dan memerlukan konsistensi setiap individu yang terlibat.

Pengalaman saya menerbitkan zine sendiri sememangnya merupakan pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Walaupun tenaga kerja hanya seorang dan hasil sumbangan rakan-rakan, saya berjaya juga menerbitkan zine Avant Garde sebanyak 13 isu. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana untuk mengekalkan keluaran setiap bulan selama setahun adalah merupakan satu kerja yang bukan mudah. Apatah lagi melakukannya seorang diri!

Dari sini saya dapat belajar banyak perkara selok belok dunia penerbitan dan majalah. Walaupun cuma sekelumit, namun cukup untuk membuka mata dan minda saya tentang pahit maung individu yang menerbitkan majalah yang sebenar.

Umum penggiat komik atau pembacanya, sudah arif tentang 2 majalah ini yang cukup hangat dipasaran kebelakangan ini. Tidak dapat dinafikan, kedua majalah ini mempunyai peminatnya yang tersendiri termasuklah saya. Kehebatannya juga cukup untuk membuatkan saya melanggan salah satu majalah tersebut selama setahun!

Ketika itulah terbit lagi sebuah majalah yang kononnya bakal memberi saingan dan memberi peluang pelukis komik dan memberi platform baru kepada penggiat komik, khususnya. Namun, langit tidak selalunya cerah. Ku sangka panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengahari. Itulah pepatah yang saya rasa sesuai untuk menggambarkan situasi sebenar keadaan majalah tersebut.

Dengan semangat sebagai majalah yang baru, berjanji memberi peluang kepada penggiat komik dan mungkin menyaingi 2 majalah yang saya sebut terlebih dahulu tadi. Malangnya, indah khabar dari rupa, segalanya tidak berlaku malah majalah tersebut terpaksa 'menumpang' majalah humor 'ketinggalan zaman' mereka. Banyak pihak kecewa kerana mereka menyangka majalah itu diterbitkan secara mempunyai 2 muka hadapan, malangnya hanya muka hadapan diluar namun, permulaan majalah tersebut adalah selepas majalah humor itu.

Konsep begini bukan sahaja mencacatkan majalah itu malah membuatkan ramai pembacanya lari meninggalkan majalah itu terkontang-konting seorang diri. Entah bila majalah ini akan dapat bertahan.

Untuk menyaingi kedua majalah yang mendapat tempat di hati pembaca, majalah malang ini perlu mencari formula baru. Kenapa perlu digunapakai idea dan formula yang lama sedangkan kita ingin menyaingi mereka? Kenapa perlu 'membontoti' idea mereka? Kenapa tidak diguna idea lama tetapi semakin dilupakan pembaca? Sebagai contoh, saya mengambil majalah Salina yang amat popular di kalangan pembaca wanita sekitar 80-an dahulu.

Cuba tengok konsep mereka yang cukup hebat itu. Bagaimana mereka berjaya mencuri tumpuan kaum hawa untuk mengikuti setiap keluaran mereka secara bulanaan? Tidakkah kita terfikir sekarang ini, zaman ini, millenium ini, kaum hawalah merupakan kaum yang paling banyak membeli? Adakah kita lupa berapa ramai kaun hawa di Malaysia ini sahaja?

Kenapa perlu menekankan kepada pembaca yang sememangnya sudah dan sedang mengikuti kedua majalah yang popular itu? Kenapa tidak ditekankan kepada kaum hawa yang mana jumlah mereka melebihi jumlah lelaki di Malaysia ini dengan nisbah 1:8?

Disitulah kita silap dalam mencerna idea atau formula untuk sesatu majalah baru. Sedangkan syarikat itu sendiri menerbitkan majalah untuk kaum hawa yang mana begitu mendapat sambutan. Kenapa tidak ditekankan disitu?

Jikalau hendak diberi contoh, banyak majalah menggunakan konsep yang sama seperti 2000A.D dan sebagainya. Mereka mempunyai 1 cerita yang boleh dikatakan sebagai 'sauh' utama majalah mereka. Disitulah terletaknya kehebatan majalah 2000A.D ini. Cuba fikirkan sudah berapa lama mereka bertahan?

Oleh itu sebelum terlambat atau sebelum kena 'tutup kedai', baliklah ke pangkal jalan.

Saturday, September 16, 2006

Apa Yang Aku Cari?

Apa yang aku cari sebenarnya?

Itulah persoalan yang bermain-main diminda aku sejak sekian lama. Berbagai persoalan yang muncul dan menghilang begitu sahaja. Apa yang aku mahukan dari kehidupan ini? Adakah kebendaan yang aku kejar atau sebaliknya. Apakah yang terselindung disebaliknya?

Apakah jawapan yang aku cari dan apakah penyelesaian yang aku cari selama ini akan kelak aku temui?

Saturday, August 12, 2006

Editor Bawah Tempurung

Sudah agak lama juga saya tidak menulis di blog ini. Sejak kebelakangan ini saya memang agak 'sibuk' dengan beberapa hal yang tidak dapat dielak yang datang bertali arus.

Kali ini saya ingin menyentuh tentang kerja seorangatau penyunting ini. Tentu anda semua tahu dan faham apakah kerja-kerja seorang editor secara kasar bukan?

Secara umumnya, seorang editor adalah mereka yang berkerja di sesebuah penerbitan tidak kira ianya sebuah penerbitan majalah, buku atau filem. Kerja dia adalah edit atau menyunting apa-apa ayat yang perlukan pembetulan atau untuk menyedapkan sesatu ayat atau jalan cerita filem.

Editor atau penyunting ini memainkan peranan yang besar dalam halatuju sesebuah majalah kerana naik turun majalah tersebut adalah tanggungjawab besar seseorang editor. Tugas dia adalah untuk memastikan apa yang hendak diterbitkan itu dapat diterima pembaca atau penonton. Dialah yang perlu meyakinkan ketua-ketua mereka mengapa begini dan mengapa begitu? Dialah yang akan menaikkan atau menjatuhkan sesebuah majalah dan tugas seorang penyunting adalah amat berat kalau dilihat dari segi pasaran.

Seorang penyunting perlu menjadi individu yang neutral dan sentiasa membuka mindanya untuk menerima sesuatu yang baru. Cuba bayangkan bagaimana sesebuah terbitan itu hendak naik kalau sikap seorang editor itu masih ditakuk lama atau pendek kata, bawah tempurung

Minda seorang editor perlulah mempunyai minda yang luas terbuka dan bersedia menerima apa sahaja pembaharuan berdasarkan kepada pasaran sekarang. Apa yang saya nampak di Malaysia sekarang ini, kebanyakkan editor masih ditakuk lama dan tidak berani sama sekali untuk meyakinkan ketua mereka mengemukakan benda-benda baru.

Sikap inilah yang menyebabkan majalah itu berada ditakuk lama dengan minda yang pasif dan susah untuk menerima kemajuan. Takut untuk mencuba benda baru dan begitu taksub dengan sesatu prinsip yang kuno dan terkebelakang.

Apa guna sebuah kedai buku yang besar seperti Kinokuniya atau Page One kalau bukan untuk menyalurkan maklumat tentang benda-benda terkini dalam sesebuah penerbitan. Kenapa kedai buku seperti itu tidak dimanipulasikan sepenuhnya untuk menerbitkan sebuah majalah atau buku yang boleh membuka lembaran baru dalam sejarah penerbitan Malaysia?

Kenapa kita sebagai seorang editor misalnya, tidak menghabiskan masa yang terluang ke tempat seperti itu dan bila perlu membeli sebuah atau dua buah buku sebagai rujukan? Bayangkan jika seorang editor mempunyai minda yang tidak sukakan kedai buku seperti saya nyatakan diatas? Sekadar cukup bagi mereka untuk menghabiskan masa di kedai-kedai mamak untuk mencari idea baru.

Saya bukannya hendak memperkecilkan peranan mamak dari segi pejualan sesebuah majalah tetapi kenapa kita tidak membuka skop yang lebih luas lagi untuk mencari idea? Kenapa hanya di kedai-kedai mamak? Kenapa tidak boleh dikembangkan lagi ke Kinokuniya<>

Atau berjumpa secara tidak sengaja dengan seorang pengarah seni atau pereka grafik. Sebagai seorang editor kita perlu mempunyai skill perbualan dengan orang yang kita jumpa untuk meluaskan lagi minda kita. Kenapa perlu sekat kemajuan yang boleh kita kecapi dan kenapa hanya setakat berjumpa dengan orang-orang di sekitar pejabat kita sahaja? Jumpa di kantin atau cafe dan berbual kosong yang tiada faedahnya dan kembali ke meja editor? Adakah itu kehidupan seharian seorang editor yang makan gaji dan tidak memperdulikan langsung kepada dunia penerbitan di Malaysia? Atau seorang edtior yang begitu mengambil berat perkembangan dan kemajuan dunia penerbitan di Malaysia?

Cuba kita teliti, dimanakah tahap kita sebagai individu? Adakah kita seorang yang meminati pembacaan atau sekadar hanya membaca artikel yang kita gemari sahaja? Apa tujuan kita membeli sesebuah majalah? Adakah kerana covernya? Adakah kerana persembahan grafiknya atau kerana artikelnya?

Editor di Malaysia perlu lebih aktif kerana keaktifan merekalah sesebuah majalah itu akan naik atau turun. Ya, mungkin majalah itu naik kerana artikel-artikelnya tetapi sampai bila mereka perlu berada di tahap itu? Kenapa tidak mencuba sesuatu yang baru? Sesuatu yang boleh membawa fenomena besar atau boleh membawa impak kepada dunia penerbitan majalah di Malaysia.

Disinilah editor memainkan peranan kerana jika editor itu hanya membuat kerja mengikut skopnya sahaja maka kita akan dapat melihat halatuju majalah itu. Editorlah yang akan meyakinkan ketua mereka untuk menumpukan kepada sesatu bahan atau isu dalam majalah mereka.

Jika editor majalah itu mempunyai mentaliti bawah tempurung, bagaimanakah agaknya mereka boleh bertahan dalam dunia penerbitan majalah?

Saya mungkin seorang yang tiada pengalaman berkerja sebagai editor tetapi sekurangnya saya pernah menjadi editor untuk zine DIY saya sendiri. Saya yang menentukan halatuju zine saya dan apakah pembaharuan yang perlu dilakukan. Sekurangnya zine saya mempunyai pengikut atau pembaca tetapnya sendiri.

Saya juga mengikuti perkembangan terkini majalah-majalah luar seperti di US, Eropah dan Jepun. Itu pun sudah cukup untuk menjadikan saya berbeza pendapat dengan editor-editor yang sedia ada.

Mungkin peluang saya tiada untuk menjadi seorang editor tetapi saya akan tetap berusaha untuk membawakan sesuatu yang baru pada dunia penerbitan di Malaysia.

Monday, August 07, 2006

Gabungan Yang Tidak Menjadi?

Jika anda masih ingat, saya ada menulis tentang sebuah majalah yang akan digabungkan dengan sebuah lagi majalah untuk keluaran terbaru dan 1 Ogos 2006 menjadi saksinya.

Untuk makluman, Majalah JOM terbitan Karangkraf, telah digabungkan dengan majalah G3, juga terbitan Karangkraf pada keluaran terbaru 1 Ogos 2006.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, apakah maksud yang boleh kita faham dengan bergabung? Bergabung atau didalam bahasa Inggerisnya, combine membawa maksud 'join together'. Seperti yang kita faham bergabung tenaga misalnya, untuk menjadikan pihak kita lebih kuat atau hebat apabila bergabung tenaga untuk menewaskan pencabar kita bukan?

Jadi, pendek kata bergabung ini membawa pengertian 2 pihak yang berlainan bergabung segalanya untuk menjadi satu pasukan yang hebat, kuat serta berdaya saing.

Mengikut pemahaman saya yang tidak kurang hebatnya ini, gabungan JOM dan G3 akan mendominasikan kesemuanya majalah yang berbentuk kartun dan komik sekaligus kalau gabungan seperti itu yang kita fahami bukan? Namun, langit tidak selalunya cerah atau ku sangka cerah hingga kepetang rupanya hujan ditengahari. Segala yang dirancang tidak menjadi dan sebaliknya apa yang berlaku, JOM menumpang G3!

Kenapa saya berkata demikian? Dari apa yang saya fahami dan difahamkan, JOM akan bermula disebelah A dan G3 akan bermula di sebelah B. Jadi, keduanya mempunyai arah yang berbeza dan muka hadapan yang berbeza serta tidak dicampur adukkan.

Apa yang berlaku sebaliknya, JOM yang menumpang G3 walaupun JOM mempunyai muka hadapan namun JOM tidak bermula selepas muka hadapan, sebaliknya ditengah-tengah selepas habis segala isi kandungan G3. Apa sudah jadi?

Ramai kalangan peminat JOM berang dengan usaha suci murni ini dan mereka seolah kecewa dengan perkembangan yang tidak terkini ini.

Saya juga berpandangan sama seperti pembeli JOM sebelum ini yang mengatakan JOM sepatutnya dimulakan disebelah muka hadapannya dan bukan ditengah-tengah. Saya rasa saya faham kenapa mereka melakukan sedemikian. Mungkin disebabkan masalah percetakkan yang tidak boleh diubahsuai lagi kerana semuanya telah diprogramkan sebegitu.

Sudah banyak pendapat dan kritikan yang diberi namun mereka masih lagi ditakuk lama, masih lagi membuat clone demi clone dunia majalah ini dimana cloning mereka tidak sama sekali menjadi. Usaha gabungan ini juga tidak dimaklumkan kepada setiap pembaca dan 1 Ogos 2006 menyaksikan segala keperitan pembeli dan pembaca JOM sebelum ini menjadi bertambah perit dan sadis.

Bangunlah dan buka minda anda. Kenapa perlu melakukan perkara yang sudah ada? Tidak bolehkah kita menjadi 'pioneer'?

Thursday, August 03, 2006

Mentaliti Bawah Tempurung

Pernah dengar mentaliti bawah tempurung? Apa atau siapa yang duduk bawah tempurung biasanya? Manusia ke katak? Biasanya katak kan? Katak bawah tempurung tetapi kalau mentaliti bawah tempurung ni macam mana pula? Cuba kita faham betul-betul apa itu 'katak bawah tempurung?'.

Menurut aku yang bukan ahli bahasa ni, katak bawah tempurung ditujukan kepada manusia-manusia yang ketinggalan zaman atau terkebelakang atau dah not up-to-date kan? Betul tak? Rasa aku betul la tu. Manusia-manusia yang ketinggalan zaman.

Kalau kita kaitkan dengan dunia komik pula bagaimana agaknya manusia-manusia yang ketinggalan zaman ini? Jom kita semak.

Sebagai contoh aku ambil komik-komik US atau komik-komik luar. Berapa banyak komik-komik luar menjual cerita dari menjual lukisan? Bagi aku yang daif ini, aku lebih suka cerita daripada lukisan atau stroke lukisan. Mungkin ada antara kita yang mengenali siapa itu Brian Michael Bendis, Mark Millar, Brian K Vaughn, Warren Ellis, Neil Gaiman, atau Brian Azarello. Merekalah penulis-penulis kontemporari komik sekarang ini. Tulisan-tulisan mereka menjadi rebutan banyak penerbit kerana cerita mereka bukan lukisan mereka. Dan cuba kita ingat ramai mana pelukis komik yang kita ingat berbanding penulis komik.

Kalau ada, itu pun kolaborasi dengan penulis-penulis yang aku sebutkan diatas contohnya seperti Mark Millar dengan Bryan Hitch, Brian Azarello dengan Eduardo Risso, Warren Ellis dengan Trevor Hairsine, Mark Waid dengan Leinil Francis Yu
atau Brian Michael Bendis dengan Stuart Immonen (Sekadar memberi beberapa contoh).

Kalau kita mengingati pelukis komik lebih ramai dari penulis bermakna kita hanya lebih meminati lukisan dari cerita itu sendiri. Atau mungkin kita hanya beli komik itu kerana ingin melihat lukisannya sahaja bukan untuk membaca ceritanya. Apa jadi pada komik itu? Top list dalam senarai buku-buku terbaik? Mendapat pujian banyak penerbit ke? Itulah masalahnya kita. Lebih pentingkan lukisan dari cerita itu sendiri walaupun ceritanya sampah dan tah hapa-hapa ntah!

Berbalik kita ke scenario komik tempatan. Berapa banyak penulis yang kita ingat komik atau tulisan beliau yang berjaya mencuit sanubari kita? Bagaimana komik? Siapakah penulis komik yang betul-betul berjaya menyentuh hati kita dengan ceritanya?

Itulah maksud aku dengan mentaliti bawah tempurung. Masih lagi dengan sikap mementingkan stroke dari cerita. Cerita belum dibaca awal-awal lagi dah pentingkan lukisan? Bagi aku senang je, kalau lukisan dan cerita pujaan hati mereka itu betul-betul hebat, dia sudah tentu bergelar jutawan macam Dato Lat atau Reggie Lee. Tetapi sudah berapa lama dia berkecimpung dalam dunia komik dan sudah berapa banyak komik yang dibuatnya satu pun tidak pernah mendapat pengiktirafan. Memang bukan itu yang kita cari tetapi penghargaan sebegini amat penting untuk menaikkan semangat orang lain bukan?

Cuba tengok Dato Lat. Adakah dia mementingkan lukisan atau cerita? Aku tak fikir lukisan. Sudah tentu ramai kenal Kampung Boy kan? Kenapa Kampung Boy berjaya? Adakah kerana lukisannya yang menarik? Fikirkan.

Aku cukup-cukup muak dan jelak dengan sikap penerbit yang mementingkan stroke lebih dari cerita, lebih pentingkan lukisan dari cerita. Semuanya mentaliti bawah tempurung, kononnya semua manusia bercakap sopan, tiada rompakan tiada pembunuhan, tiada rogol atau ragut. Jiwa melayu sekarang ini balik-balik duduk atas katil termenung, letak tangan kiri atau kanan di atas dahi dan bermonolog seorang diri. Sampai bila kita nak buat komik sebegitu? Duduk dalam gelap, lepas tu bermonolog lagi, dari satu flashback blues ke satu flashback blues. Itulah jiwa melayu yang meminati komik agaknya.

Tidak menyentuh realiti masyarakat sekarang. Kalau sentuh pun sedikit dan selepas itu, kembali ke alam metafora atau monolog.

Beginikah sikap orang yang hendak perjuangkan scenario komik Malaysia? Lukisan boleh jual pun lama mana je kalau cerita tah hapa-hapa ntah! Mula-mula tu mungkin orang suka tetapi kalau dah selalu sangat stereotype, pembaca tak jemu ke?

Nampak gaya, satu lagi publisher agak besar akan bungkus!

Monday, July 31, 2006

Setahun Sudah Berlalu

Julai 15,
Genaplah setahun usia blog Avant Garde ini. Tidak aku sangka, blog yang pada awalnya untuk aku postkan segala berita dan perkembangan terkini zine Avant Garde aku boleh hidup sehingga kini. Walaupun penerbitan zine Avant Garde dihentikan buat sementara namun semangatnya tetap hidup dan akan terus hidup. Walaupun tidak disukai atau dibenci, perjuangan tetap akan diteruskan. Siapa tahu satu hari nanti aku akan dapat merealisasikan impian aku untuk mengeluarkan majalah sendiri. Siapa tahu kan?

Mungkin sekarang kita tidak nampak apa yang akan berlaku pada dunia komik tanahair. Walaupun mandom, walaupun slow, walaupun lembab semangatnya tetapi ada walaupun kecil. Aku sebenarnya sudah muak dengan majalah-majalah komik yang ada sekarang ni. Semuanya nak naikkan gaya Jepun ataupun lebih dikenali manga. Pada mulanya aku tidak anti dengan manga ni tetapi kalau hampir kesemua majalah yang ada berasaskan pada manga, siapa tidak anti.

Aku memang peminat komik-komik tempatan sejak dari umur aku 8 tahun dan sudah lebih dari 20 tahun aku menyimpan minat ini. Sedikit pun tidak luntur malah semangat ini makin mendalam kerana aku sudah kembali ke arena membeli dan mengumpul komik.

Boleh dikatakan komik-komik yang aku kumpul ini kesemuanya dari US namun aku masih menitikberatkan penceritaan dalam setiap komik. Komik-komik manga ini pula bagi aku lebih sudu dari kuah. Semuanya hendak tengok stroke atau skill yang cantik SAHAJA dan tidak sama sekali menitikberatkan penceritaan. Inilah yang menyebabkan komik-komik ini layak dipanggil komik-komik sampah! Gaya sahaja lebih tapi cerita, kosong sama sekali. Tiada faedahnya kalau hendak membaca komik seperti ini. Tidak membaca apa-apa mesej, setakat lukisan yang menarik dan stroke yang hebat bagi peminatnya. Kalau ditengok dari segi penceritaan memang jauh seperti langit dengan bumi berbanding komik dari US.

Itulah peminat komik tanahair sekarang ini. Semuanya pentingkan stroke yang cantik, skill tahap dewa, color tahap dewa tapi bila masuk bab cerita, kosong. Seolah-olah tidak tahu bagaimana hendak membuat cerita. Inilah akibatnya apabila kita kurang membaca atau menulis. Untuk menjadi seorang pencerita yang baik ada 2 perkara yang penting bagi aku.

Pertama, banyakkan membaca. Kenapa membaca penting? Membaca boleh memperbaiki nahu bahasa dan gaya penceritaan kita. Lebih-lebih lagi kalau kita peminat novel. Dengan membaca, kita akan memperkayakan tatabahasa kita dan bahasa kita sendiri.

Kedua, menulis. Dengan menulis kita akan dapat memperbaiki bahasa kita melalui setiap tulisan. Nahu bahasa atau gaya penceritaan kita juga dapat dikembangkan dengan banyak menulis, sebab itulah pentingnya blog-blog seperti ini kerana ia dapat memperbaiki bahasa penulisan kita. Cuba bayangkan bahasa kita setahun yang lalu, mungkin sedikit perbezaannya tetapi sekurang-kurangnya ada perubahan. At least.

Keep on reading and writting dude coz it's helps a lot.

Friday, July 14, 2006

Bagaimana Menjana Idea? Bhgn 4

Catatan Harian
Mungkin ini juga boleh dijadikan idea bagaimana ktia hendak menjananya. Catatan harian yang kita tulis berdasarkan kepada diari kehidupan kita atau apa yang kita dapat lihat setiap hari berdasarkan ketika atau semasa perjalanan kita ke sesatu tempat. Misalnya ke tempat kerja atau kolej/ tempat belajar.

Jika kita menggunakan pengangkutan awam kita sudah tentu akan mengalami banyak situasi yang mana kita boleh menjadikannya sebagai idea untuk dijanakan atau dikembangkan. Mungkin berlaku sesuatu yang menggemparkan atau sesuatu yang kita lihat atau amati. Mungkin jika di dalam bas, kita dapat melihat sesatu individu itu setiap hari. Jika kita seorang lelaki, sudah tentu kita suka melihat seorang gadis, melainkan kita seorang gay, sudah tentu suka melihat lelaki kan?

Jika kita melihat seorang gadis, apa yang kita dapat faham pada diri seorang gadis? apa yang istimewanya gadis itu dan sudah tentu kita akan 'menelanjangi' gadis itu untuk mengtahui apakah rahsia disebalik tubuh seorang gadis. Begitu juga jika melihat setiap individu yang kita jumpa setiap hari. Kemungkinan kita boleh mengenali seseorang individu tanpa perlu bercakap dengannya. Mungkin kerana pengamatan kita setiap hari membuatkan kita semakin mudah mengenali seseorang. Apakah tabiat setiap individu kenapa dan mengapa. Mungkin kita boleh kenal apakah warna kegemaran individu itu dengan memerhatikannya setiap hari.

Mungkin dari sini kita boleh jadikan individu itu sebagai 'subject matter' atau sebagai model untuk setiap watak dalam idea komik kita. Melalui pengangkutan awamlah kita dapat mengenali atau bercakap dengan setiap individu tanpa perlu mengenali mereka. Cukup hanya mengenali mereka dari luar sahaja. Itulah hebatnya mata dan pengamatan kalau kita dapat mempelajari skilnya dengan baik.

Dari situ kita boleh melakarkan setiap watak berdasarkan individu yang kita jumpa setiap hari di dalam pengangkutan awam. Perwatakannya dan ciri-ciri yang perlu ada pada watak yang akan kita reka berdasarkan pengamatan kita? Bagaimana? Mudah bukan? Dan yang pentingnya kita hanya perlu melihat melihat dan melihat sehingga pengamatan itu menjadi salah satu skil kita yang dimahiri sebaik mungkin. Oleh sebab ini, seni pengamatan adalah amat amat penting kepada seorang yang bernama pelukis atau penulis komik.

Tepuk dada tanya selera...

Monday, July 10, 2006

Perangai Manusia 2

Beberapa hari yang lepas, aku ada menerima message dari seorang kawan yang membawa aku kepada satu suasana yang tidak pernah aku bayangkan sebelum ini. Seorang pelukis komik memaki hamun seorang pemberi komen dalam ruangan galerinya. Selama ini aku hanya menyangka dia adalah seorang pelukis komik yang cool dan sempoi tetapi sangkaan aku salah dan jauh menyimpang. setelah membaca maki hamun dan apakah punca sebenar yang membawa kepada maki hamun itu, aku terkedu dan tidak percaya.

Disebabkan hal yang kecil, seorang peminat beliau memberi pendapat bahawa dia lebih menyukai Spiderman dan Batman sedangkan pelukis komik ego ini melukis Superman, maka, segala maki hamun, kutukan maut keluar dari kepala sang pelukis komik ini.

Mungkin sang pelukis ini mengalami situasi yang agak berat untuknya menerima sebarang komen tetapi adalah lebih baik JANGAN meletak lukisan tersebut di galeri jika tidak mahu menerima sebarang komen atau pendapat. Tidak kiralah komen atau pendapat itu pro atau kontra. Sebagai pelukis kita kenalah sentiasa mempunyai fikiran yang terbuka dan bersedia dengan sebarang komen atau pendapat. Kalau tidak, why the f**k you put your artwork in the gallery at the first place?

Itulah dunia seni kita sekarang ini. Dipenuhi dengan manusia-manusia ego dan berlagak sombong. Bila rasa diri dah hebat, tidak boleh menerima komen atau pendapat yang bertentangan dengan pendapatnya. Bila ada pendapat yang kontra, maka dia akan memaki balik si pemberi komen itu dan melihat siapa yang bercakap. Adakah sipemberi komen itu seorang yang hebat seperti dia? Jika tidak, maka dia akan menegur balik sipemberi komen untuk periksa balik diri sendiri adakah hebat atau tidak.

Memang betul, orang kita memang HANYA suka pujian dan pujaan. Hanya ini yang dapat membesarkan ego mereka dan menyimpan perasaan dia sudah hebat kerana tidak ada orang yang memberi komen kontra mengenai hasil seninya. Jika ada yang kontra, maka dia akan menyerang pemberi komen itu dan mengutuk hasil seni pemberi komen itu jika ada DAN jika tiada akan mengutuk pemberi komen hanya pandai bercakap sahaja.

Apa yang nyata, aku tidak akan memandang lagi hasil komik sang pelukis ini di mana-mana majalah kerana aku tidak mahu membesarkan ego sang pelukis yang perasan dia sehebat Andy Kubert.

Tuesday, July 04, 2006

Perangai Manusia 1

Aku rasa cukup dahulu bab Bagaimana Menjana Idea kerana sememangnya idea ini boleh datang dan pergi bila-bila masa tidak kira tempat dan ketika. Jadi, pandai-pandailah kita mengawalnya atau mecatitnya supaya tidak hilang begitu sahaja ditelan masa.

Sekarang mari pula kita lihat bab berkaitan dengan sifat. Sifat dan sikap adalah 2 perkara yang berlainan. Sifat lebih menjuruskan kepada tingkah laku seseorang ataupun perwatakan beliau. Sifat ini bolehlah kita bahagikan kepada 2, sifat azali dan sifat yang dipelajari. Sifat azali ini biasanya merujuk kepada sifat-sifat yang ada pada diri seseorang sejak dari lahir lagi. Dan banyaklah sifat-sifat itu samada baik atau buruk. Dan sifat yang dipelajari pula adalah sifat yang diamal dan dipraktikkan untuk mewujudkannya menjadi sifat azali seseorang individu.

Ini tajuk pertama dalam bab sifat ini, aku ini sentuh tentang sifat yang paling penting kepada semua manusia, bukan sahaja pelukis komik bahkan semua makhluk yang bergelar insan iaitu RENDAH DIRI. Rendah diri adalah merupakan sifat yang paling mulia dan sememangnya dituntut dalam agama. Kita sering mendengar pepatah ikut resam padi, makin berisi makin merendah kan? Begitulah maksud yang cuba aku utarakan disini. Rendah diri tidak ada pada semua orang. Dan lawan kepada sifat rendah diri ini adalah tinggi diri, sombong, berlagak atau ego yang negatif.

Apa yang cuba aku maksudkan disini adalah sifat rendah diri dalam diri seseorang pelukis komik, penulis komik atau sesiapa sahaja yang memperjuangkan komik tanahair. Tidak kira orang itu serius atau sebaliknya, sifat ini harus dan sememangnya patut dimiliki atau dihalusi oleh setiap individu berkenaan dalam dunia komik. Kenapa sifat rendah diri ini perlu?

Bagi aku sifat ini amat-amat penting kerana jika tiada sifat ini bagaimana kita hendak maju? Cuba bayangkan seorang pelukis komik yang tiada sifat ini. Adakah dia akan mudah menerima teguran, kritikan dan komen orang? Jika dia tiada sifat rendah diri ini sudah tentu sifat berlagak, sombong atau perasan diri macam bagus akan bersarang dan bersawang dalam diri dia. Maka sudah tentu dia tidak boleh menerima pendapat, kritikan, komen atau apa sahaja tulisan yang merujuk kepada karyanya atau sesebuah penerbitan.

Itulah sifat yang boleh menjahanamkan dirinya dan menghancurkan dunia komik tanahair kerana dia percaya pada dirinya sendiri bahawa dialah yang terbaik dari semua orang maka apabila seorang yang kecil dalam dunia komik memberikan pendapat, maka dia tidak akan dapat menerimanya walaupun pendapat itu ada betulnya. Setiap kritikan atau komen dianggap sebagai sampah kerana dia percaya dia sudah lama dan sudah banyak bergiat dan berjasa kepada dunia komik tempatan. Dia akan memandang kepada siapa yang bercakap bukan kepada apa yang dicakapkan atau diperkatakan. Itulah dia lawan kepada sifat rendah diri. Apabila orang memberikan komen dan pendapat, dia akan membalas dengan mengatakan seolah-olah 'aku siapa kau siapa?' ataupun 'aku otai kau siapa?' 'Ala...baru setahun dua aktif dah nak kecoh, macam bagus!'

Begitulah contoh-contoh yang biasa kita dengar dari seseorang yang berlagak dan sombong dengan apa yang dia ada dan bukannya dengan apa yang dia tiada. Dia akan terus mengkritik orang yang memberikan pendapat itu kerana dia menyangkakan dia adalah seorang yang maha hebat sehingga seorang pun tidak boleh mengkritiknya. Ataupun dia akan memandang rendah kepada pengkritik itu berdasarkan kepada apa yang dibuat atau dilakukan pengkritik itu untuk dunia komik.

Dan perasan ini akan terus bersarang dan bernanah menjadi satu penyakit yang amat sukar untuk dibuang dan diatasi.

Monday, July 03, 2006

Gabungan?

Itulah yang aku baca beberapa hari lepas. Gabungan yang akan melibatkan dua majalah yang pada pandangan aku begitu banyak bezanya tetapi telah disamatarafkan oleh pereka mereka sendiri. Humor dan komik bukan dua benda yang sama. Lawak jenaka dan komik serius sudah tentu dua benda yang berbeza. Sampai bila pun komik atau kartun bukan dua benda yang sama dan aku amat hairan kenapa orang menganggapnya dua benda yang sama. Kartun adalah kartun dan komik adalah komik.

Pada pendapat aku kartun merupakan lakaran-lakaran ringkas untuk mengambarkan figura manusia atau alam sekeliling dan tidak memerlukan ketepatan untuk menghasilkannya manakala komik memerlukan ketepatan dan hampir kesempurnaan untuk menghasilkan sesuatu objek tidak kira manusia atau alam sekeliling bagi menyokong sesuatu penceritaan.

Namun begitu masa merubah segalanya, kartun masakini sudah banyak yang hampir merupai komik dan komik juga sebaliknya. Mungkin atas dasar ini umum memperkatakan komik itu kartun dan kartun itu komik. Jadi, salah siapa sebenarnya tanggapan begini?

Aku bukannya hendak membuktikan siapa salah siapa benar tetapi cukuplah ini kita jadikan pedoman untuk menghasilkan karya.

Berbalik kepada gabungan 2 majalah menjadi satu ini, majalah kartun dan majalah komik ini akan disatukan dengan mengekalkan nama masing-masing, cuma berlainan mukasurat. Dan keduanya mempunyai segmen memasing.

Aku tidak mahu berfikir negatif dalam hal ini malah aku anggap tindakan mereka menggabungkan majalah ini adalah merupakan langkah yang agak bijak dan sepatutnya dimulakan dari awal lagi. Untuk menguji pasaran dan menduga sedalam mana lautan majalah di Malaysia tika ini.

Apa pun aku menyokong penuh tindakan mereka dan mengharapakan kelainan yang ketara serta perubahan yang membanggakan. Hopefully they will survive!

Bersambung...

Friday, April 21, 2006

Bagaimana Menjana Idea? Bhgn 3

Berdasarkan Kisah Benar atau Sejarah

Seperti yang dikatakan oleh apple^pai (from PERGH.COM) sebelum ini kita juga boleh menulis cerita berdasarkan kepada apa yang telah berlaku berpandukan kepada berita ataupun sejarah. Sebagai permulaan, kita mungkin rujuk kepada kisah sejarah.

Misalnya, jika kita suka dan senang menulis cerita-cerita sejarah Melayu misalnya, banyak contoh dan kisah benar yang dapat kita jadikan sebagai bahan rujukan. Sebagai contoh, aku ambil kisah Hang Jebat. Selepas kejadian Hang Jebat dibunuh Hang Tuah, kita tidak tahu apakah yang terjadi kepada keluarga Hang Jebat. Kalau tidak silap aku, anaknya bernama Hang Nadim (kalau salah sila betulkan). Dari sini kita boleh mereka satu cerita berkenaan kehidupan anaknya Hang Nadim berdasarkan apa yang akan berlaku kepadanya selepas pembunuhan bapanya, Hang Jebat. Begitu juga kita boleh sentuh tentang kehidupan Hang Nadim dan ibunya, isteri Hang Jebat. Ada riwayat mengatakan keluarganya melarikan diri ke Pahang (kalau salah sila betulkan).

Bermaknanya disini, kita boleh mereka 'sejarah' mengikut persepsi dan kepandaian kita sendiri. Banyak sejarah yang boleh kita tinjau dan jadikan sebagai landasan cerita komik kita. Bayangkan kisah sejarah Melayu dari zaman Parameswara sehinggalah 1957, kemerdekan Tanah Melayu. Mencipta cerita mengikut versi kita sendiri sesungguhnya menguntungkan kerana kita sudah ada asas-asas dalam cerita kita supaya cerita ini tidak tersasar dari jalan cerita sebenar.

Kita juga boleh mereka suasana yang lain tetapi berlaku dalam peristiwa sejarah atau kisah benar. Ini mungkin lebih menarik kerana kita akan mencipta watak hero dan watak penjahat dalam suasana sejarah dan kisah benar. Misalnya semasa perjuangan askar-askar Tanah Melayu menentang komunis. Kita mungkin boleh mereka jalan cerita berdasarkan peristiwa tersebut tetapi memerlukan banyak kajian dan rujukan untuk mengikut garis-garis panduan askar ketika itu.

Begitu juga dengan kisah benar. Mungkin kita boleh reka watak manusia yang terselamat dalam peristiwa Tsunami yang lepas. Sudah tentu banyak kisah yang boleh kita paparkan. KIsah benar ini sebenarnya banyak dipaparkan di akhbar-akhbar dan TV. Kisah jenayah umpamanya, satu cerita yang menarik untuk ditonjolkan tetapi dalam konteks yang lebih baik.

Bagaimana Menjana Idea? Bhgn 2

Catatkan apa sahaja yang terlintas di minda

Ini sebenarnya merupakan satu kelebihan kepada orang-orang kreatif. Idea ada di mana-mana dan ketika itulah masa yang paling baik untuk mencatatkan apa yang terlintas di minda kita. Dalam keadaan begini buku nota poket amat penting dibawa ke mana sahaja, samada didalam poket atau beg. Dan yang lebih baik adalah buku yang lebih besar kerana idea yang spontan kemungkin perlu dikembangkan ideanya untuk mendapatkan impak yang maksimum.

Kita mungkin mendapat idea berkenaan kisah kanak-kanak tetapi bagaimanakah caranya untuk menambah perisa dan keenakkan cerita ini tanpa mengubah jalan cerita ini yang sebenar. Sinopsis umpamanya banyak membantu. Dalam sinopsis juga kita akan mereka watak-watak utama didalam cerita ini dan seterusnya memulakan cerita satu persatu. Gambaran latarbelakang juga perlu untuk membantu menimbulkan suasana yang diperlukan. Gambaran masa, keadaan dan tempat perlu diceritakan dengan jelas dan tepat supaya kita dapat membayangkan apa yang perlu.

Oleh sebab itu penting bagi seseorang yang kreatif sentiasa mempunyai 'senjatanya' ke mana sahaja dia pergi. Pen/pensil dan buku nota amat penting bagi orang-orang kreatif kerana kita tidak tahu bilakah masanya idea-idea itu akan datang dan pergi begitu sahaja kalau tidak dicatitkan.

Berbincang dengan teman seperjuangan atau sesiapa sahaja yang berpengalaman

Berbincang dengan sesiapa sahaja juga boleh menambahkan perisa dan keenakkan cerita yang ingin kita reka. Lebih-lebih lagi dengan orang yang berpengalaman dalam bidang berkaitan. Jika kita ingin menulis suasana, kita perlu berbincang dengan pelukis atau mungkin juga seorang jurukamera yang biasa dengan sesetengah keadaan. Melukis dan menulis adalah dua benda yang berlainan tetapi kita boleh mengambarkan suasana kita dengan menerangkan secara jelas apa yang kita kehendaki dan seterusnya diterjemahkan oleh pelukis untuk tulisan kita. Untuk itu kita perlu jelas menjelaskan apa yang kita mahukan, samada susunan panel, arah pandangan, close-up atau medium shot. Arah pandangan ini perlu untuk menimbulkan suasana dan perlu diingat arah pandangan yang sama mungkin akan memalapkan suasan jalan cerita. Seperti juga didalam filem, kita perlu lihat perspektif ini seperti juga persepktif seorang pengarah filem.

Arah pandangan ini juga sebenarnya kalau kita perhatikan akan menarik minat pembaca kerana kita dapat gambarkan apa yang tidak ada dan apa yang tidak nampak dalam panel-panel sebelumnya.

Berbincang dengan orang yang berpengalaman dalam bidang melukis sebenarnya banyak membantu dan kita perlu sentiasa berbincang untuk mendapatkan impak yang baik. Menonton filem atau TV juga sudah pasti dapat membantu kita untuk mengambarkan suasana yang

Bagaimana Menjana Idea? Bhgn 1

Aku rasa topik ini penting untuk semua orang-orang seni. Tak kiralah dalam apa bidang seni sekalipun, masing-masing tetap memerlukan idea untuk bergerak atau berjaya dengan lebih jauh.

Dah perlu rasanya bagi aku untuk kita sama-sama berkongsi ilmu bagaimana menjana idea atau memperkembangkan idea atau yang penting sekali, untuk mendapat idea. Apakah yang perlu kita ada sekurang-kurangnya atau lebih-lebih lagi?

So, marilah kita kongsi bersama cara-cara untuk menjana idea atau memperkembangkan idea.

1. Membaca
2. Menonton Filem/ TV
3. Melancong (banyak berjalan luas pandangan)
4. Catatkan apa sahaja yang terlintas di minda
5. Berbincang dengan teman seperjuangan atau sesiapa sahaja yang berpengalaman

Membaca
Membaca bagi aku adalah perkara pokok kepada sesuatu idea. Banyak membaca memperkaya dan meluaskan tatabahasa serta menolong memperkembangkan gaya bahasa kita. Maksud aku disini, gaya penceritaan supaya pembaca tidak mudah jemu dengan apa yang cuba kita ceritakan. Membaca juga memudahkan kita untuk mengolah dengan lebih baik sesuatu jalan cerita. Membaca novel atau cerpen adalah merupakan salah satu caranya.

Novel atau cerpen kebanyakkannya mempunyai bahasa yang lebih baik serta cara olahan dan penggunaan bahasa yang lebih bermutu. Dari sini kita akan dapat mempelajari selok belok bagaimanakah caranya untuk menyusun sesuatu ayat, perkataan dan jalan cerita, secara amnya. Carilah buku-buku sastera terbaik negara atau luar negara kerana dengan cara ini kita akan dapat meluaskan penggunaan bahasa serta bahasa kita secara tepatnya.

Tidak kira bahasa Melayu atau Inggeris asalkan kita puas dan gembia apabila membacanya dan banyak membantu kita untuk memperkayakan bahasa kita. Membaca akhbar juga merupakan method yang baik. Akhbar banyak memberi maklumat dan dengan lebih tepat lagi memberi gambaran yang agak jelas tentang sesuatu kejadian atau tempat. Membaca akhbar juga banyak membantu kita dari segi fakta atau maklumat tepat mengenai sesuatu bahan atau isu. Oleh itu banyakkan mebaca. Jangan berhenti membaca walaupun hanya sedikit maklumat. Kurangkan membaca berita artis serta gossip-gossip kerana ianya tidak akan banyak membantu.

Menonton Filem/ TV
Method ini juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menjana idea atau memperkembangkan idea kita. Didalam sesebuah filem, baik atau sebaliknya banyak mempunyai idea dan idea itu sebenarnya kalau diperkembangkan akan dapat melahirkan idea yang lebih baik. Filem yang kurang baik sebenarnya ada idea yang tersembunyi. Misalnya, jika kita melihat filem itu begini jalan ceritanya, mengapa tidak kita berfikir secara begitu jalan ceritanya. Berfikir secara berlawanan dengan apa sahaja filem yang pernah kita tengok. Kenapa tidak begini kenapa begitu, kenapa macam ini dan kenapa macam itu?

Jangan bosan atau benci melihat segala macam filem yang ada di TV atau cakera. Filem-filem banyak membantu sebenarnya. Banyak membuka persepsi kita terhadap sesuatu idea. Kalau kita yakin filem ini tidak begitu baik, kenapa tidak fikirkan apakah cara yang terbaik? Kenapa tidak begini jalan ceritanya dan juga sebaliknya.

Oleh itu jangan jemu menonton filem atau TV.

Melancong
Melancong boleh membantu kita membuka minda kita. Banyak berjalan luas pandangan kita akan sesuatu perkara. Misalnya suasana kampung. Apa yang patut ada dan patut tiada di sebuah kampung. Logik dan tidaknya sesuatu kampung untuk kita ceritakan kembali didalam sesuatu jalan cerita. Kita juga dapat mempelajari sesatu budaya di sesetengah kampung. Mungkin tidak banyak bezanya tetapi sekurang-kurangnya, kita dapat belajar.

Maklumat kita juga akan bertambah sepertimana kita membaca buku. Dan apabila kita bergaul dengan masyarakat setempat, ilmu kita juga akan bertambah dan secara tidak langsungnya dapat memperbaiki skill komunikasi kita dengan orang lain. Dengan cara ini kita mudah untuk membentuk atau mereka sesuatu dialog.

Melancong juga memperkayakan minda kita dengan alam sekeliling. Jika kita seorang pelukis, bayangkan apa yang kita akan dapat jika kita banyak melancong atau mengembara. Begitu juga jika kita seorang jurugambar. Merakam gambar adalah salah satu method untuk kita mengekalkan sesuatu suasana mengikut sesetengah tempat.

Oleh itu banyakkan melancong walaupun di negeri kelahiran sendiri.

Wednesday, April 05, 2006

Apa Yang Menaikkan Semangat Anda Untuk Melukis?

Soalan ini pasti sentiasa menjadi isu utama bagi semua pelukis komik bukan? Banyak sebab dapat dikemukakan kalau kita teliti dalam perkara sebegini. Bagi aku, sudah pasti bayaran ataupun royalti sesuatu karya.

Baru-baru ini aku ada berjumpa dengan 2 syarikat yang berminat untuk menerbitkan komik-komik hasil pelukis tempatan untuk pasaran tempatan. Syarikat yang pertama menawarkan royalti pendahuluan sebanyak RM1500 untuk permulaan dan royalti seterusnya berdasarkan kepada penjualan komik tersebut dipasaran. Aku tidak pasti berapakah jumlah royalti bagi setiap komik yang dapat dijual tetapi mengikut pandangan dan perspektif aku dalam tahun millenium ini, jumlah itu sudah tentulah sedikit. Kenapa aku berkata demikian?

Tanpa berdolak dalih, aku mengakui Rm1500 itu sendiri jumlah yang amat rendah kerana RM1500 tidak membawa apa-apa kelebihan kepada pelukis komik yang berjuang menghasilkan komik yang bermutu. Dan lebih memeritkan jika jumlah itu terpaksa di bahagi kepada dua, iaitu kepada penulis komik tersebut pula. Jadi, berapa jumlah yang tinggal sebenarnya? Adakah Rm750 boleh menampung hidup pelukis dan penulis komik itu untuk sebulan? Mungkin setengah orang mungkin boleh tetapi jika memakai kereta atau motosikal, sudah pasti jumlah itu amat mencabar minda kita bukan?

Kita tinggalkan royalti pendahuluan sebanyak RM1500 itu dan kita bergerak pula kepada satu lagi syarikat tempatan yang berminat menerbitkan novel grafik setebal 180 mukasurat ke 200 mukasurat. Syarikat ini begitu berminat kerana tuan punya syarikat itu sendiri merupakan seorang kaki komik yang cukup lama. Dia lebih suka melihat anak tempatan maju dalam bidang ini setanding dengan pelukis yang sedia ada di Malaysia.

Syarikat ini menawarkan royalti yang agak menarik. Mengikut salah seorang pekerjanya, syarikat itu menawarkan RM3000 sebagai pendahuluan royalti! Satu jumlah yang cukup membuatkan kita berkata: "Wow!". Begini caranya proses penerimaan karya kepada syarikat tersebut.

Terlebih dahulu setiap pelukis atau penulis perlu mengemukakan sinopsis cerita, rekabentuk watak serta beberapa sinopsis yang perlu. Setelah dipersetujui, syarikat dan penulis/pelukis komik akan menandatangani surat perjanjian karya dan kerja-kerja komik perlu disiapkan dalam masa 4 bulan mengikut kontrak yang dipersetujui.

Setelah karya diserahkan, syarikat akan membayar RM1000 kepada pelukis komik. Apabila karya komik sudah dicetak, RM1000 akan diberikan lagi sebagai pendahuluan royalti. Dan RM1000 lagi akan diberikan apabila novel grafik komik tersebut berada dipasaran. Jadi jumlah keseluruhan pendahuluan royalti yang diberikan adalah RM3000! Satu jumlah yang cukup banyak walaupun jika dibahagi dengan penulis, jumlahnya masih RM1500 untuk satu karya.

Selepas itu royalti akan ditolak dari jumlah yang teah diberikan dan jika hasilnya melebihi jumlah pendahuluan royalti sebanyak RM3000, jumlah royalti yang lain pula akan dibayar. Bagi aku jumlah ini cukup banyak dan jangkamasa 4 bulan untuk menyiapkan 180 ke 200 mukasurat komik adalah bersesuaian kerana jika seorang pelukis dapat menyiapkan sekurang-kurangnya 2 mukasurat sehari, maka jumlahnya sudah melebihi 240 mukasurat. Perlu diingat, hanya 200 mukasurat sahaja yang dibenarkan untuk jumlah maksimum dan 120 hari untuk menghasilkan komik hitam putih adalah berpatutan.

Itu adalah antara sebab yang menaikkan semangat aku untuk berkarya melukis komik. Walaupun aku masih belum dapat menyiapkan walau sebuah cerita sekalipun tetapi semangat aku tetap membara. Sudah pasti aku akan menghabiskan masa sebulan ini untuk menulis komik yang bakal menjadi sebuah novel grafik sebanyak 180 ke 200 mukasurat.

Steve Niles Profile


Niles is currently working for the four top American comic publishers - Marvel, DC, Image and Dark Horse. Currently ongoing at Image is the creator-owned series BAD PLANET with co-writer Thomas Jane and THE CRYPTICS with artist Ben Roman. Everyone's favorite monster hunter Cal McDonald returns in the monthly CRIMINAL MACABRE series from Dark Horse. And later this year, continuing 30 DAYS OF NIGHT spin-offs and AMERICAN FREAKSHOW return to IDW Publishing.

In 2002, the success of 30 DAYS OF NIGHT sparked renewed interest in the horror genre, and is being developed as a major motion picture with SPIDER-MAN's Sam Raimi producing and David Slade directing. Niles had a part in writing the screenplay. The film is due to hit theaters in 2007.

In June of 2005, Niles and actor Thomas Jane ("The Punisher") formed the production company Raw Entertainment, which has a first-look deal with Lions Gate Films. Raw's first production is THE LURKERS, with a screenplay to be written by Niles, and to be produced by both Niles and Jane.

Niles and his BIGFOOT co-creator, rocker Rob Zombie, have sold the film rights to Paramount Pictures. Niles will be handling script duties. Also in development are adaptations of WAKE THE DEAD, HYDE, ALEISTER ARCANE and CRIMINAL MACABRE.

Niles got his start in the industry when he formed his own publishing company called Arcane Comix, where he published, edited and adapted several comics and anthologies for Eclipse Comics. His adaptations include works by Clive Barker, Richard Matheson and Harlan Ellison. IDW released a hardcover and softcover collection of Niles' adaptation of Richard Matheson's I AM LEGEND.

Steve resides in Los Angeles with his wife Nikki and their three black cats. No word on just what is buried in the crawlspace...but we have an idea.

source: www.steveniles.com

Adam Kubert Profile

Adam Kubert is an American comic book artist. Both his father (Joe Kubert) and his brother (Andy Kubert) are also comic book artists.

Adam graduated from the Rochester Institute of Technology with a degree in medical illustration.

He is probably best-known for his work at Marvel Comics, in particular for a long run on the solo Wolverine title with writer Larry Lama, a short run with writer Peter David on the Incredible Hulk and numerous stints on various X-Men titles. Adam Kubert's trademark is his raw, dynamic, untamed art style, combined with fluid storytelling and excellent pacing. He's also known for his experimentation in art style and storytelling, being one of the first mainstream comic book artists to experiment with the pencils-straight-to-colour approach with Steve Bucellato on The Incredible Hulk. On his X-men run, Kubert was teamed up with European colourist Richard Isanove who subsequently followed Adam to the Ultimate X-men, perfecting the pencils-to-colour approach along the way, as can be seen on the majority of Ultimate X-men covers as well as Wolverine:Origin. Some of Kubert's finest work can be seen in his Incredible Hulk run with writer Peter David and inker Mark Farmer, which features some of the finest renditions of the Hulk ever seen in a Marvel comic.

When Marvel Comics launched the industry changing Ultimate line a couple of years back, Adam Kubert was chosen as the penciller for the second launch book Ultimate X-men. His solid storytelling and distinct style coupled with writer Mark Millars well crafted tales, made the book an instant success. Kubert was also chosen as the penciller to launch the ultimate universe version of Marvel's first family, the Ultimate Fantastic Four, once again with writer's Mark Millar and Brian Michael Bendis. Little known is Kuberts other industry talents. An accomplished inker, he received an Eisner Award for his inking duties on the Dark Horse-DC Comics Batman vs. Predator crossover in the early 1990's. In addition to this, Kubert is well reknowned for his lettering ability, being the youngest proffesional comic book letterer at the age of only 11(!) years old. His very own handwriting was used as the template for the font used in the Ultimate X-men comics.

Both Adam and his brother Andy signed exclusive contracts to work for DC Comics in 2005. This came as somewhat of a shock to the industry as both the Kubert's (along with John Romita Jr) were known as Marvel comic's stalwarts, and the Kubert's were well known for their company loyalty. When Valiant comics tried to lure the brothers over from Marvel in 1994 for exorbitant sums of money, they both blindly refused opting to make a home at Marvel Comics. Adam consequently remained at Marvel for around 15 years, working on most of their high profile books and firmly entrneching himself as an industry superstar. The brothers also work as teachers at the Joe Kubert School, founded by their father (who also teaches there). Adam teaches first year classes, Andy second, and Joe third. in 2005. This came as somewhat of a shock to the industry as both the Kubert's (along with John Romita Jr) were known as Marvel comic's stalwarts, and the Kubert's were well known for their company loyalty. When Valiant comics tried to lure the brothers over from Marvel in 1994 for exorbitant sums of money, they both blindly refused opting to make a home at Marvel Comics. Adam consequently remained at Marvel for around 15 years, working on most of their high profile books and firmly entrneching himself as an industry superstar. The brothers also work as teachers at the Joe Kubert School, founded by their father (who also teaches there). Adam teaches first year classes, Andy second, and Joe third.

Bibliography
Comics work includes

  • Batman:Batman Vs Predator (Inked the entire mini series over Andy Kuberts pencils. Received an Eisner Award for his contribution)
  • Clash : DC comics, Pencils and Inks
  • Johnny Quest : Pencils and Inks
  • Ghost Rider Blaze - Spirits of Vengeance : Marvel, Pencils
  • Wolverine : Marvel Comics, Pencils
  • Onslaught X-men, Marvel Universe : Marvel Comics, Pencils
  • Incredible Hulk : Marvel Comics, Pencils
  • Uncanny X-men : Marvel Comics, Pencils
  • X-men : Marvel Comics, Pencils
  • Ulimate X-men : Marvel Comics,Pencils
  • Ultimate Fantastic Four : Marvel Comics,Pencils
  • Hawkman : DC comics, Cover Pencils

Thursday, February 16, 2006

Selamat Tahun Baru 2006

Walaupun hampir 2 bulan 2006 berlalu tapi ini merupakan post terbaru aku untuk tahun ini. Sorila pasal blog ni, bukannya aku tak nak post tapi aku ada masalah dengan PC aku, crashed untuk kali yang kedua untuk 2 tahun berturut-turut. Setahun sekali crashed. Biasa la DELL, kata OA kat office aku ni.

Untuk makluman semua, zine AG TERpaksa dihentikan sekejap memandangkan masalah yang aku hadapi dengan PC aku ni. PC aku dah okay tapi aku tak nak ambik risiko buat zine dalam PC yang aku sendiri tak pasti keadaannya. So, buat sementara ni, aku stop dulu dan mungkin untuk jualan aku just habiskan memana stok tahun lepas, 2005.

Jualan zine ni sebenarnya boleh hidup kalau kita rajin buat zine baru setiap bulan tapi perlukan kekuatan dan kesabaran. Lebih-lebih lagi kalau buat seorang diri. Banyak benda nak kena kejar especially komik. Dahla takde orang nak contribute, kena buat sendiri plak tu. Dahla sampai 2 komik nak kena siapkan. Memang terberak aku nak kejar semua tu dlm 2,3 minggu.

Aku dalam proses nak beli notebooks tetapi tak tahu la macam mana, dapat ke tidak, entah la. Biasa la kalau dah mintak loan kompeni ni, slow skit, mungkin makan sebulan.

Pepehal aku akan post nanti editor's note untuk bulan November & December 2005 termasuk cover sekali. Sesiapa yang berminat bolehlah order dengan aku.

Assalamualaikum