Thursday, October 27, 2005

Editor's Note AG #10

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejarah telah membuktikan bahawa karya komik atau kartun yang ditulis dan dilukis oleh 2 orang yang berbeza kebiasaannya akan menghasilkan satu karya yang berjaya.


Sebagai contoh, mari kita tengok kartun abe' tulisan ujang dan lukisan oleh Aie. karya ini sesungguhnya berjaya mencuri perhatian pembaca dan sehingga kini setelah lebih 8 tahun, karya ini masih diingati sehingga sekarang.


Namun begitu ini tidak bermakna karya one man show tiada mutu dan tidak menarik. Ada juga karya one man show yang berjaya seperti Perwira Mat Gila karya allahyarham Rejabhad, komik Jati Tunggal karya pelukis komik terkemuka tahun 80an, Marzuki Yusoff, karya-karya komik Saari A.M dan banyak lagi contoh-contoh lain.

Namun begitu sejak kebelakangan ini, lukisan komik one man show adalah lebih kepada stroke dan gaya lukisan. sungguh malang sekali, olahan cerita tidak dititikberatkan. Maka jadilah komik itu sekadar bacaan kosong. Menarik tetapi tidak sampai seminggu karya itu akan dilupakan untuk rujukan dan sebagainya.


Karya-karya yang bermutu biasanya akan dikenang lama dan peminat atau pembaca sudah pasti akan merindui karya-karya yang seumpamanya. jadi, dimanakah silap kita sebagai penggiat komik? Adakah tercalar ego kita jika melukis komik hasil olahan cerita oleh orang lain? Adakah kita susah melukis komik hasil tulisan orang lain? Sampai bila kita harus bersikpa demikian? Tidakkah sepatutnya kita merasa bangga kerana dapat melukis komik hasil tulisan orang lain kerana siapa tahu, mungkin karya itu akan menjadi sebutan ramai dan diingati sepanjang zaman. Satu masterpiece yang susah untuk ditinggalkan didalam lubuk memori peminat atau pembaca.


Sudah sampai masanya kita sebagai penggiat komik tanahair bersatu tenaga dan usaha untuk memertabatkan nilai komik tempatan supaya komik di Malaysia akan menjadi satu industri yang maju dan dapat membuka banyak peluang pekerjaan dan perniagaan di masa hadapan.


Sudah sampai masanya kita berganding bahu dan menolak tepi segala ego demi untuk memajukan komik tanahair ke tahap yang lebih tinggi dan mendapat pengiktirafan kerajaan.


Marilah bersatu tenaga dan berganding bahu demi untuk komik tanahair.


Selamat menyambut Eidulfitri.

Thursday, October 20, 2005

The Way I See It

Apa yang aku harapkan kepada sebuah majalah komik tempatan untuk memperjuangkan dunia komik tempatan rupanya hanya tinggal harapan kosong dan hampa. Walau apa pun alasan editornya bagi aku, untuk memperjuangkan komik tempatan, aku rasa, jauh lagi perjalan mereka. Apa yang dipersembahkan hanyalah sekadar memenuhi pasaran dan menurut apa yang sudah ada di pasaran. Majalah komik lain senyum lebar dengan hala tuju majalah tersebut yang bagi aku sebenarnya hanya hangat-hangat tahi ayam. Aku kecewa bila manga mula menguasai majalah komik tersebut. Sejak 2,3 keluaran lepas, banyak pula manga yang diterbitkan.

Aku tidak tahu apa yang patut aku buat, adakah aku perlu melanggan majalah komik ini? Sudah tentu tidak. Aku sudah melanggan Starz, itu pun dah 100% manga, aku sudah tidak dapat menerima manga lagi, cukuplah! Apa yang aku perlukan adalah seperti zaman Mediaseni. Komik-komik Malaysia yang jauh bezanya dari sekarang. sepatutnya kita lebih maju namun sebaliknya yang terjadi. Kecewa dibuatnya.

Aku pernah bercakap dengan salah seorang pelukis animator disalah sebuah syarikat Animation. Majalah ini melakukan kesilapan yang besar bila meniru konsep majalah lain untuk memperkenalkan diri mereka di pasaran majalah komik Malaysia. Katanya lagi, majalah ini tidak akan bertahan lama tetapi kita tunggu dan lihat sendiri sejauh mana mereka boleh bertahan. Aku takut mereka tidak akan dapat bertahan untuk tempoh 2 tahun. Jikalau mereka dapat bertahan sejauh itu, insyaALLAH mereka akan survive.

Teruskan perjuangan anda!

Projek majalah aku akan berjalan mungkin dlm 2,3 tahun ini. Rancangan aku untuk mendapatkan modal rasanya akan berjaya untuk tempoh setahun akan datang. Tunggu dan tunggu.