A few day ago, i guest wednesday la kot. Aku secara tiba-tiba didatangi oleh salah seorang teman sepejabat yang secara langsung bertanya kepada aku.
"Azrin, kau buat komik kan?"
"Ya, kenapa?"
"Aku ada banyak idea ni, ada orang advice suruh aku buat novel tapi takut tak dapat capture pulak, sebab tu aku rasa komik lagi best."
"Ok. Shoot!"
Dalam dekat 45 minit dia menceritakan segala detail akan idea cerita. bagi aku not bad dan aku yakin cerita ni kalau dilukis dengan baik dan kemas akan menjadi satu fenomena baru dalam dunia komik tanahair.
Awal pagi khamis, dia mengajak aku lepak di cubical dia dan membuat planning tidak rasmi bersama aku. Aku beritahu dia, kalau dia nak bikin proper printing dan nak jimat boleh pakai kertas newsprint, print dalam hitam putih, just cover je color. Aku suggest dia bikin draft cerita dulu dan develop setiap watak dalam cerita tu, baru senang nak lukis.
Dia mula draft sinopsis cerita secara ringkas supaya aku senang faham dan aku nampak dimana kejayaan cerita ini sebab ianya lain dari yang lain. Banyak items yang boleh diketengahkan dan banyak benda yang menarik. Maaflah aku takleh nak story sekarang sebab benda ni masih dalam pembikinan dan masih stage awal. Korang kenala tunggu dulu. Orait?
Kawan aku ni bersemangat betul dan aku nampak akan kesungguhannya. Dia bercadang ingin menerbitkan komik ini somewhere next year dan aku suggest dia mulakan menulis cerita dan siapkan proper plan.
Hopefully projek ni akan menjadi dan aku berjaya menjadi penerbit dan pelukis komik serentak. Kalau pun aku tak dapat melukis, aku boleh assign orang lain dan aku boleh jadi penerbit.
Apa yang boleh aku cakap, komik bersiri ini akan diterbitkan secara bulanan dan sirinya akan menjangkau selama setahun!
Doakan kitorang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment