Monday, July 18, 2005
Editor's Note AG #4
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah...no 4. Panjang umur lagi zine AG ni. itulah perkataan pertama bermain dibenak minda tatkala aku cuba memikirkan apa yang ingin aku catatkan di runagan editor's note ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang-penyumbang yang setia memberi sedikit komitmen kepada zine AG ini. Walaupun sedikit tetapi nilainya amat tinggi pada pandangan aku. Terima kasih sekali lagi, terima kasih diatas bantuan kalian membantu aku meneruskan perjuangan.
Bercakap pasal perjuangan ini, ada orang mengingatkan aku tentang perjuangan. "Jangan cakap pasal perjuangan kalau tidak boleh beri komitmen!" Ringkas dan padat tetapi mempunyai maksud yang begitu mendalam dan bisa membuatkan aku terfikir sejenak tatkala hendak melelapkan mata sebelum tidur.
Aku tidak faham sebenarnya apa yang cuba dimaksudkan oleh seorang kawan aku ini tetapi aku pasti dia menujukan ucapan itu kepada seseorang. Aku tidak fikir orang lain, sebaliknya, aku tengok diri sendiri. Dan aku terfikir sudah cukupkah komitmen yang aku berikan selama ini? Sudah tentu komitmen selama beberapa bulan ini belum cukup dan ucapan itu sebenarnya terkena atas batang hidung aku sendiri! Aduh!
Dan aku melihat perjuangan ini satu benda yang memang susah hendak dilakukan apabila kita membuat sesuatu tidak berasaskan minat yang mendalam. Aku beri contoh yang senang untuk difahami. Pemain bola misalnya, tidak perlu pemain profesional tetapi seseorang remaja yang minat bermain bola. Dia akan pastikan dirinya dapar bermain bola setiap hari jikalau boleh, berdasarkan kepada minatnya yang mendalam. Dia tidak fikir pasal duit, dia tidak fikir pasal orang melihat dia bermain ke tidak, yang penting baginya ialah dapar bermain bola walaupun setengah jam.
Begitu jugalah dalam dunia kita memperjuangkan komik kerana minat yang mendalam. Berjuang kerana duit dan berjuang kerana minat adalah dua benda yang amat berbeza. Apabila kita berjuang berlandaskan duit maka duitlah yang akan sentiasa memberi motivasi kepada kita untuk melukis komik. Segala dibuat berdasarkan duit. Lukisan komik kita menjadi kemas, hebat, atau 'tahap dewa' bila bayarannya tinggi tetapi jika bayaran rendah, kita malas untuk melukis sebaik mana yang kita mampu sebenarnya. Lebih kurang begitulah maksudnya walaupun tidak tepat. Lukisan komik kita akan berpandukan kepada duit, jika tinggi bayarannya maka tinggilah semangat kita untuk menghasilkan yang terbaik. Tetapi berlainan pula apabila bayarannya rendah. Kita pun turut mempunyai semangat yang rendah untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Sedangkan kita lupa satu benda yang amat-amat bernilai. Apa dia?
Cuba fikir komik kita itu akan diedarkan seluruh Malaysia, ada orang yang akan membaca komik kita dan dengan tidak secara langsung akan membawa reaksi yang negatif dari pembaca tentang kualiti komik kita, dan orang akan berkata, "Malasnya dia ni melukis" "Kenapa lukis macam malas je ni?""Siapa pelukis komik ni? Malasnya!" Apa jadi dengan reputasi kita sebagai pelukis komik yang cuba memperjuangkan komik Malaysia? Ya, orang tidak kenal siapa kita tetapi orang akan ingat nama pena kita. Bersambung di #5.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment