Monday, July 18, 2005

Editor's Note AG #7


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kesian mak bapak dorang!

Itulah perkataan yang terkeluar dari benak fikiran aku tatkala melihat remaja perempuaan melayu merokok tanpa segan silu di khalayak ramai.

Terfikir gak aku nak sound direct je remaja-remaja tu tapi siapalah aku pada pandangan dorang, so terpaksa la aku mendiamkan diri dengan rasa geram dan sakit hati. Cuba kita bayangkan dorang tu sedara mara kita dan kita sendiri tak tahu yang sedara mara perempuan kita tu menghisap rokok di belakang mak bapak dorang, korang tak rasa sakit hati ke?

Dan yang lebih sadis lagi, aku pernah tengok remaja perempuan bertudung menghisap rokok tanpa rasa malu dan segan!

Fikirkan hati nak je sound tapi nak buat camne, dorang fikir dorang dah besar. Pandai makan pandail la simpan agaknya kot. Tapi sedarkah dorang tu, duit poket pun mak bapak dan PTPTN yang kasi. Lagi nak guna beli rokok? Dah la duit tu duit rakyat yang bayar tax, pastu plak dorang guna untuk beli rokok??!!

What the hell? Kalau adik perempuan aku buat camgitu, dah lama kena kaunseling.

Tapi yang paling menyedihkan ialah bila memikirkan hal mak bapak dorang yang tak tahu apa pun pasal anak perempuan dorang merokok. Mak bapak kat kampung siang malam berdoa supaya anak-anak mereka berjaya mengharungi pelajaran di menara gading tetapi lain pulak halnya anak-anak dorang.

Duduk kat kolej bukan setakat belajar yang sepatutnya tetapi belajar merokok pulak. Nampaknya betul la kajian yang dibuat bahawa perokok wanita melayu makin bertambah. Dah la rokok tu merbahaya untuk manusia, lebih-lebih lagi untuk kaum wanita. Tatau la aku macam mana keadaan dorang in the future. Dorang tak fikir ke pasal effect pada anak-anak yang bakal dorang kandung nanti?

Sepuluh tahun dulu, susah nak tengok perempuan merokok di khalayak ramai tetapi berlainan pula sekarang ni. Perempuan semakin berani dan berani. Hinggakan sanggup buat apa sahaja yang tidak terfikir oleh minda kita.

Aku rasa sudah sampai masanya penguatkuasaan undang-undang kepada wanita yang merokok di khalayak ramai diwujudkan. Kempen 'Tak Nak!' pada aku memang tak jalan. Target group bercelaru. Orang susah nak terima apa lagi perokok tegar dan perokok wanita. Tangkap dan sumbat dalam lokap barang sehari dua untuk mengajar dorang ini. Orang perempuan punya hati yang lembut, sure boleh berkesan walaupun sedikit aku rasa.

Belum cuba belum tahukan? Masa untuk berkempen aku rasa dah tak patut buat. Sekarang masanya untuk menguatkuasakan undang-undang. Denda pun ok jugak. Nampak je dorang merokok, terus saman! Sekali saman RM300, serik gak dorang ni nak merokok di tempat awam. Tapi dorang still akan merokok di tempat lain kan? Well, at least, kita ketatkan sikit undang-undang.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

No comments: