Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia sekarang ni?!!
Itulah ucapan yang keluar dari mulut aku bila menyaksikan suatu rancangan hiburan berbentuk realiti tv. Tidak perlulah aku sebut rancangan apa sebab kalau aku sebut singkatannya sahaja pun orang boleh agak.
Masalahnya disini, ialah aku nak bincangkan tentang gelagat rakyat Malaysia yang sanggup menghabiskan duit untuk mengundi penghibur idaman mereka supaya menjadi juara rancangan realiti tv tersebut. Itulah masalahnya!
Korang faham tak apa yang cuba aku ketengahkan kat sini?
Isunya, kenapa rakyat kita sanggup habiskan ratus-ratus malahan ribuan untuk hiburan sedangkan untuk menderma barang seringgit dua pun jadi masalah besar?
Aku yakin korang ada tengok rancangan 'bersamamu' di TV3 setiap isnin jam 9 malam. Kalau tak tengok tu, belajar-belajar la tengok dan saksikanlah sendiri keadaan sebenar di negara kita yang kononnya maju ini.
Saksikanlah sendiri betapa teruk dan daifnya orang-orang miskin di Malaysia sampaikan ada yang terpaksa memakan siput babi sebagai santapan harian mereka. Bermandikan air parit yang dijadikan sebagai 'kolam mandi' mereka, berteduh di rumah tinggal di ladang getah yang bila-bila masa boleh dihalau keluar dan hanya dicerahkan oleh suluhan sebatang dua lilin!
Hiba, sedih dan terharu aku bila melihatkan keadaan mereka. Lebih sedih lagi bila menyaksikan anak-anak mereka terpaksa memakan siput babi untuk terus kekal hidup. Dan lebih menyedihkan lagi bila aku menyaksikan rakyat Malaysia sanggup menghabiskan duit untuk mengundi penyanyi idaman mereka dan untuk chatting tak tentu hala! setiap undian sms atau sms chatting bukannya murah, bukannya 5 sen atau seposen tapi 60 sen ke singgit! Cuba bayangkan kalau puluhan sms yang dihantar dalam sehari. Dan cuba hitung pula jika seminggu atau sebulan sms yang dihantar.
Nak kata dorang ni takde akal, boleh dikatakan dorang ni semua belajar tinggi-tinggi tetapi malangnya tiada hati perut. Yang sudah menderma tu aku ucapkan syabas dan tahniah kerana membantu tetapi bagaimana dengan golongan yang 'sesat' tadi?
Sampai bila mereka nak terus sesat dan hanyut dalam dunia hiburan mereka? Adakah nak tunggu 26 disember 2005 lagi? Nak tunggu another tsunami melanda negara kita baru nak insaf? Itupun insaf sekejap je. Bila tengok hiburan terus sesat dan hanyut dalam ombak hiburan!
Hopefully zuriat aku tiada yang hanyut dan sesat seperti mereka-mereka yang lara itu! Amin.
Apa la nasib mereka yang daif itu.
No comments:
Post a Comment