Friday, July 15, 2005

Editor's Note AG #3


Avant Garde 03

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulillah, berjaya juga aku menerbitkan zine AG untuk bulan yang ke-3 berturut-turut. Tak sangka pulak aku mampu sebenarnya nak terbitkan zine sebulan sekali dengan tenaga mahir yang terhad. Yang penting, kejayaan menerbitkan zine AG adalah atas sokongan kawan-kawan yang menyokong dari segi idea dan artwork. Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan zine AG#1 dan AG#2.

Bulan march tiada apa sangat yang ingin aku utarakan cuma ingin lahirkan kebimbingan kepada satu isu yang amat sensitif. Isu ini aku tak tujukan kepada sesiapa TETAPI marilah kita sama-sama fikirkan.

Sebut pasal PELACURAN, sudah tentu terbayang di benak fikiran kita akan satu aktiviti yang tidak sihat tetapi bagaimana pula dengan PELACURAN KOMIK? Mungkin kita tidak pernah dengar, baca atau bercakap berkenaan perkara ini tetapi isu inilah yang sedang melanda dunia komik tanahair. Apa sebenarnya PELACURAN KOMIK ini? Adakah pelukis komik memperdagangkan diri untuk aktiviti tidak sihat? Wo-ho! Tidak sama sekali, tidak.

Maksud aku disini adalah menjadikan komik sebagai bahan lacuran untuk mengambil keuntungan yang mudah semata-mata atas alasan nak survive. Tak perlu la aku sebut siapa tetapi cukup la aku bincangkan apa kejadahnya isu ini? Bagi aku sebagai peminat komik yang setia sejak tahun 1980, dunia komik tanahair kita sedang dilanda masalah yang besar. Masalah sesetengah pihak 'melacurkan komik' untuk keuntungan produk yang mana isi komik itu sendiri sebenarnya kosong. Komik hanya menjadi hiasan sedangkan cerita dalam komik itu sendiri sudah jadi ntah hapa-hapa ntah. Komik jadi hambar dan boring. Komik jadi hiasan majalah yang didakwa memperjuangkan komik! Itulah masalahnya kalau korang nak tahu.

Mendakwa kononnya mereka memperjuangkan komik tanahair tetapi sebenarnya mereka mengabaikan isi cerita komik itu sendiri. Maka jadilah komik itu hanya hiasan semata yang tidak mempunyai apa-apa faedah yang bermutu darinya. Mungkin lukisannya boleh dibangga tetapi bagaimana dengan ceritanya? Korang fikirkanlah sendiri. Mungkin bagi korang isu ini ntah hapa-hapa ntah tetapi bagi aku benda ini virus. Lama kelamaan negara kita akan dibanjiri oleh komik-komik yang tidak bermutu dari segi jalan cerita dan menjadi trend yang memualkan satu masa nanti!

Itu belum cerita pasal identiti lagi tu. Kalau nak cerita pasal identiti, habis 1 zine pun belum tentu cukup.

Apa dah jadi dengan dunia komik tanahair sekarang? Penuh dengan pelacur yang melacurkan komik atas alasan survival? Fikirkanlah!

No comments: