Friday, July 15, 2005

Editor's Note AG #1


Avant Garde 01

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

First of all, i thank GOD. Then, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada korang yang telah membeli zine Avant Garde ini. Aku harap korang semua tak salah faham. Zine ini sebenarnya memang dibuat dalam dua bahasa ataupun dwibahasa. Bukan apa sebenarnya, nak test market kata orang. Ye ke? Aku tak pasti la kata orang tapi bagi aku, nak test market.

Yang keduanya aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak secara langsung. Terutama supernothing aka bigg, takara, lily, alifstyle, amykamen555 dan Metallica (sebab time karang editor's note ni aku tengah dengar Metallica | Garage Inc)

Seterusnya aku nak ucapkan ribuan terima kasih juga kepada semua warga PERGH.com terutamanya saudara rio yang telah memperkenalkan aku kepada PERGH. Begitu juga ubder dan nurie yang telah banyak mengajar aku akan erti perjuangan. Tak lupa juga kepada tarakucha yang banyak membantu aku selama ini.

Memandangkan AG#01 ni adalah persembahan sulung aku sebagai editor dan compilator (tukang kumpul artwork dan artikel), aku pasti banyak yang perlu aku pelajari dan selami. Aku tahu, aku sebenarnya zero dalam dunia penerbitan zine ni tapi atas dasar semangat yang membara, nak jugak aku merasa jadi editor ni. Bukan senang nak jadi editor ni sebenarnya, tapi, kata orang, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Itulah oegangan aku selama ini. Selagi tak dapat, akan aku cuba sampai dapat.

Sempena tahun baru 2005 ini, aku pun nak ucapkan selamat tahun baru dan azam aku tahun ni, aku nak jadi orang yang produktif. Kalau boleh aku nak terbitkan zine ni 2 bulan sekali. Kalau aku kata, kalau. Kalau tak dapat, 3 bulan sekali pun sudah memadai. Tu je kot.

Enjoy reading avant garde 01!

Happy New Year

No comments: