Friday, July 15, 2005
Editor's Note AG #2
Avant Garde 02
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bertemu lagi kita untuk kali ke-2 dalam isu ke-2 zine Avant Garde ini. Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua pembeli zine AG#1 dan jugak komen-komen yang diberikan bagi memperbaiki zine Ag ini.
Bercakap pasal komen ini, pihak AG ada menerima komen-komen positif dari mereka-mereka yang aktif dalam forum PERGH.COM. Aku ada membuka satu ruangan (thread) untuk pembeli atau pembaca zine AG memberi komen dan nasihat. Ramai yang memberi maklumbalas yang positif dan tidak kurang juga yang memberi komen berdasarkan personal issue. Aku tatau la apa niat dorang yang sebenarnya tetapi komen yang setakat 'melepaskan dendam yang terbuku' memang satu komen yang sepatutnya diabaikan.
Aku jugak ada berbalas-balas message dengan seorang penulis didalam ruangan (thread) yang dibuka oleh salah seorang dari berpuluh-puluh kawan penulis tersebut. Bermacam-macam isu yang ditimbulkan dan si 'penulis buta' itu seolah-olah ingin menunjukkan bahawa dia seorang yang hebat. Pernah lepak dengan orang-orang lama dalam dunia komik, pernah sound editor itu la ini la. Well, dalam dunia ni sebenarnya ramai yang camgitu. Ong sana ong sini tapi tak semestinya orang terima buat-bulat. Semorang boleh cakap lepak dengan orang ini, lepak dengan orang tu but tak semestinya orang percaya beb! Come on...kalau betul dia sound editor beberapa majalah, dorang diam tapi tak semestinya dorang akan terima. Bak kata orang, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. memang la editor-editor majalah tu tak sound dia balik sebab dorang bersikap profesional. Tak kan la kita ecpect dorang nak lempang atau maki atau sound kita balik kot?
Dan isu yang cuba si 'penulis buta' ni utarakan pun sebenarnya, isu yang dah berbulan basi dan isu tu pun bukannya dimulakan oleh aku. Tak pasal-pasal, macam aku plak yang memula bukak isu tu. Wahai penulis buta, baca la dulu bebetul, tengok bebetul siapa yang mulakan ruangan tu.
Nak sindir punya pasal, sampaikan website aku pun jadik mangsa sindiran penulis buta tu. Nampak sangat macam dah takde modalnak sindir. Come on la brader, kalau setakat kritik sana kritik sini tapi bila orang mintak share idea tapi tak boleh nak share LANGSUNG baik takyah jadi penulis. By the way, betul ke ko seorang penulis? Tah-tah orang gila mana tah terlalu obsess dengan dunia sastera sampai nak kena berbohong dan bersumpah.
Aku sebenarnya tak kisah nak kutuk, sindir, maki tapi kalau dah sampai nak kongsi ilmu ko tu sedikit pun tak boleh, baik tak payah! At least, kongsi la sedikit ilmu dengan orang yang HANYA buat zine ni. Later on, aku tahu siapa sebenarnya dorang tu. Dunia ni kecik je sebenarnya.
Saja lepas geram, sori.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment