Monday, July 18, 2005

Editor's Note AG #5


Avant Garde sudah menjangkau isu ke 5 zine, Alhamdulillah! segala puji bagi ALLAH, Yang Maha Esa lagi Maha Bijaksana. Segala puji hanyalaj untukNYA.

Aku sambung apa yang cuba aku ketengahkan dalam AG #4 bulan april lepas [bagi sesiapa yang mengikuti].

Dengan sikpa yang begitu, nama kita akan mendapat rekod yang buruk. Komitmen sedikit yang kita berikan itu akan membawa kesan yang besar apa lagi kepada teman-teman yang mengenali kita. Teman-teman mengetahui yang kita mempunyai stroke dan skill melukis yang baik dan hebat. Tetapi bagaimana kalau teman-teman melihat karya komik kita yang seciput itu.

Ya! Kita mungkin akan berkata: "Buat apa aku nak bersengkang mata untuk bayaran yang seciput ini sedangkan lebih baik aku bersengkang mata untuk bayaran yang seketul!"

Memang betul apa yang kita cakapkan itu tetapi bagaiman dengan pendapat orang lain atau lebih tepat lagi, peminat kita atau mereka-mereka yang mengikuti hasil karya komik kita di majalah. Sudah tentu mereka akan memberikan pendapat yang berbeza. Sudah tentu ada yang setuju dengan kita tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak bersetuju?

Mungkin kita tak ambik kisah dengan apa yang mereka nak katakan atau berikan pendapat. Tetapi sedarkah kita bahawa mereka yang mengikuti perkembangan komik kita inilah merupakan mereka yang menyebarkan karya komik kita kepada orang lain. It's like a free promotion for our artworks or comics!

Siapalah kita tanpa pembaca dan peminat setia yang mengikuti perkembangan karya atau komik kita. Mereka-mereka ini giat berforum, berforum dari satu forum ke satu forum. Dari forum tempatan kepada forum luar dan kepada mereka inilah kita bergantung untuk membuat promosi karya kita ke luar.

Ya! Mungkin kita pun berforum juga tetapi mampukah kita hendak melayari setiap forum berkenaan komik atau 'art' yang ada di dunia ini?

Yang pentingnya disini adalah sikap kita. Apa tujuan sebenar kita melukis komik? Adakah kerja aminat atau duit? Ataupun kerana komitmen kepada duit ataupun komitmen kepada minat?

Perlu diingat, kalau sesuatu benda itu dilakukan kerana duit, setiap benda yang kita lakukan itu tidak akan bertahan lama. begitu juga dalam usaha menerbitkan komik secara sendiri. Jika kita fikirkan menerbitkan komik boleh buat kita kaya raya, just forget it guys! Just gorget it!

Cuba tengok sejauh mana kita akan dapat bertahan? Berlainan pula dengan orang yang membuat sesuatu kerana minat yang mendalam. Melukis atau menerbitkan komik secara sendiri tidak akan mudah mengaku kalah kalau komik atau majalah mereka tidak diterima masyarakat.

Itulah perjuangan sebenarnya. Perjuangan untuk terus hidup di kalangan mereka yang 'mati'!

No comments: