AssalamualaikOm,
Di sini bermula satu cerita. Aku rasa itulah tajuk paling tepat untuk aku memulakan blog rasmi untuk zine Avant Garde aku ini. Sebenarnya tak banyak yang ingin aku tunjukkan. kemungkinan besar aku akan masukkan segala artikel yang pernah keluar di dalam zine Avant Garde aku. Mungkin aku akan mulakan dengan artikel-artikel dari editor's note [nota pengarang] dan seterusnya untuk artikel-artikel lain.
Barang diingat, artikel aku yang pernah keluar dalam zine AG sebenarnya bukan 100% asli. Ada yang aku ambik dari paper, dari majalah-majalah lama dan internet. Bukan tujuan aku untuk menciplak atau memplagiat artikel-artikel tersebut tetapi tujuan sebenarnya adalah aku ingin berkongsi dengan korang semua. Banyak benda yang kita take for granted dan lupa akan sesuatu peristiwa penting atau tokoh-tokoh terkenal dalam dan luar negeri.
Untuk pengetahuan korang semua, zine AG ini sudah berumur 7 bulan dalam pasaran 'undergorund scene'. Memang zine AG tiada di pasaran biasa, tiada di kedai mamak atau Kino even Basheer. Sure korang semua tertanya-tanya kenapa kan? Untuk underground scene tidak perlukan kelulusan KDN untuk diterbitkan. Underground scene ini lebih berbentuk bikin sendiri, print sendiri dan worst come to worst, syok sendiri.
Lagipun kebanyakkan artikel aku tidak asli dan aku rasa kalau zine AG ini ada KDN, maka merupakan kesalahan besar kerana menciplak artikel-artikel orang lain. Ingat, aku hanya ingin berkongsi dengan korang semua artikel-artikel itu, bukan untuk mencari keuntungan. Lagipun bikin zine sendiri ni bukanlah untung banyak mana pun. Balik modal pun kadangkala missed! Itulah realitinya. Fikirlah 2,3 kali sebelum publish zine sendiri ni. Banyak modal nak kena keluar lebih-lebih lagi kalau korang buat seorang diri. Penat oOOo.
Memang cita-cita aku nak jadi penerbit majalah atau komik tetapi memandangkan masalah modal yang besar diperlukan, aku TERpaksa melupakan sekejap hasrat aku ini. Dari kecil lagi aku dah berangan-angan ingin menjadi penerbit komik atau majalah. 'From the very first time' aku pegang komik, aku sudah berfikir sejauh itu. Alangkah seronoknya jika impian itu menjadi kenyataan.
Kejayaan aku menerbitkan zine AG ini selama 7 bulan berturut-turut merupakan kejayaan juga bagi aku walaupun tidaklah sehebat mana tetapi buat pengetahuan korang semua, belum ada pengusaha zine 'bawah tanah' berupaya menerbitkan zine sehingga 7 bulan berturut-turut. Maksud aku, zine yang dapat dikeluarkan secara bulanan. Majalah yang dikeluarkan secara bulanan memang banyak tetapi bagi self-publish zine ni tidak ramai yang berani.
Sebelum terlupa aku juga akan post 'cover-cover' yang pernah menghiasi muka hadapan zine AG aku ini. Cukup setakat itu. InsyaALLAH, aku akan updates secepat mungkin.
Doakan kejayaan aku bersama AG.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment