Friday, July 29, 2005

Buku Oh Buku!

AssalamualaikOm

Lately
ni aku dah spend dekat RM700 untuk beli buku-buku design dan komik. Bukan niat aku untuk membazri ke apa ke tapi dah memang minat aku suka beli buku. Dan buku-buku ini bukan sebarangan buku, lebih-lebih lai buku-buku 'design' David Carson.
David Carson sememangnya telah menjadi idola designer aku sejak di ITM lagi. Aku mula exposed dengan work David Carson ni sejak 'terjebak' dengan magazine Raygun. Sayang sekali Raygun tak dapat bertahan lama tetapi sekurang-kurangnya magazine Raygun dapat jugak create ramai followers David Carson ni. Bagi aku DC bukan sebarangan orang. Design DC yang uptodate memang ada kelasnya yang tersendiri. Bagi pencinta pop art, sudah tentu akan menyukai design-design DC. Kenapa aku berkata demikian? Cuba korang tengok kebanyakkan design DC ini. Hampir kesemuannya mendominasikan warna, gambar dan teks. Warna-warna pula kebanyakkan warna yang striking dan menonjol.

Hampir 1 dunia mengenali rekabentuk DC ni dan kebanyakkannya memang menakjubkan jutaan peminat seni.


Bercakap pasal buku komik pula, aku dengan secara tidak sedar mula meminati komik Superman. Walaupun pada awalnya aku memang tidak meminati cerita Superman even Smallville sekalipun. Aku tak berapa nak layan sangat sebab damn! I hate Superman so much.

Tapi last 2 weeks bila aku ke MPH Subang, aku terjebak. First of all komik Superman: For Tomorrow, lukisan Jim Lee dan tulisan Brian Azarello [100 Bullets]. Gabungan kedua-dua ikon industri komik ini memang tepat pada masanya dan komik ini sememangnya tidak mengecewakan. Tulisan Azarello sememangnya superb dan tidak memboringkan lebih-lebih dalam komik 100 Bullets.


Komik Superman ke-2 yang aku beli ialah Superman:Birthright. Tulisan Mark Waid dan lukisan oleh Lienil Frances Yu. Bagi aku Mark Waid tidaklah sehebat Azarello tetapi bagi aku tulisan Mark Waid dalam komik Birthright ini tidak kurang hebatnya. Ada orang menyarankan aku mencuba tulisan Brian Michael Bendis dan Mark Millar untuk komik Avengers Disassembled dan The Ultimates. Looking forward to buy those two.

Aku ada juga membeli komik tulisan Steve Niles dalam komik 30 days of night, lukisan oleh Ben Templesmith. Well, so far aku belum habis baca lagi sebab banyak sangat komik yang aku nak kena habiskan. Buat masa terdekat ini, aku cuba habiskan Superman:Birthright, 3,4 pages sebelum tidur. Aku ni memang seorang pembaca yang slow sebab time yang aku free nak baca buku ialah time sebelum tidur. Itu pun aku dapat bertahan 10 ke 15 minit. Bukan buku-buku komik tu yang boring tetapi sememangnya aku ni jenis pantang letak kepala atas bantal, sure mengantuk punya la.


Later.

Monday, July 18, 2005

Editor's Note AG #8

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia sekarang ni?!!

Itulah ucapan yang keluar dari mulut aku bila menyaksikan suatu rancangan hiburan berbentuk realiti tv. Tidak perlulah aku sebut rancangan apa sebab kalau aku sebut singkatannya sahaja pun orang boleh agak.

Masalahnya disini, ialah aku nak bincangkan tentang gelagat rakyat Malaysia yang sanggup menghabiskan duit untuk mengundi penghibur idaman mereka supaya menjadi juara rancangan realiti tv tersebut. Itulah masalahnya!

Korang faham tak apa yang cuba aku ketengahkan kat sini?

Isunya, kenapa rakyat kita sanggup habiskan ratus-ratus malahan ribuan untuk hiburan sedangkan untuk menderma barang seringgit dua pun jadi masalah besar?

Aku yakin korang ada tengok rancangan 'bersamamu' di TV3 setiap isnin jam 9 malam. Kalau tak tengok tu, belajar-belajar la tengok dan saksikanlah sendiri keadaan sebenar di negara kita yang kononnya maju ini.

Saksikanlah sendiri betapa teruk dan daifnya orang-orang miskin di Malaysia sampaikan ada yang terpaksa memakan siput babi sebagai santapan harian mereka. Bermandikan air parit yang dijadikan sebagai 'kolam mandi' mereka, berteduh di rumah tinggal di ladang getah yang bila-bila masa boleh dihalau keluar dan hanya dicerahkan oleh suluhan sebatang dua lilin!

Hiba, sedih dan terharu aku bila melihatkan keadaan mereka. Lebih sedih lagi bila menyaksikan anak-anak mereka terpaksa memakan siput babi untuk terus kekal hidup. Dan lebih menyedihkan lagi bila aku menyaksikan rakyat Malaysia sanggup menghabiskan duit untuk mengundi penyanyi idaman mereka dan untuk chatting tak tentu hala! setiap undian sms atau sms chatting bukannya murah, bukannya 5 sen atau seposen tapi 60 sen ke singgit! Cuba bayangkan kalau puluhan sms yang dihantar dalam sehari. Dan cuba hitung pula jika seminggu atau sebulan sms yang dihantar.

Nak kata dorang ni takde akal, boleh dikatakan dorang ni semua belajar tinggi-tinggi tetapi malangnya tiada hati perut. Yang sudah menderma tu aku ucapkan syabas dan tahniah kerana membantu tetapi bagaimana dengan golongan yang 'sesat' tadi?

Sampai bila mereka nak terus sesat dan hanyut dalam dunia hiburan mereka? Adakah nak tunggu 26 disember 2005 lagi? Nak tunggu another tsunami melanda negara kita baru nak insaf? Itupun insaf sekejap je. Bila tengok hiburan terus sesat dan hanyut dalam ombak hiburan!

Hopefully zuriat aku tiada yang hanyut dan sesat seperti mereka-mereka yang lara itu! Amin.

Apa la nasib mereka yang daif itu.

Editor's Note AG #7


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kesian mak bapak dorang!

Itulah perkataan yang terkeluar dari benak fikiran aku tatkala melihat remaja perempuaan melayu merokok tanpa segan silu di khalayak ramai.

Terfikir gak aku nak sound direct je remaja-remaja tu tapi siapalah aku pada pandangan dorang, so terpaksa la aku mendiamkan diri dengan rasa geram dan sakit hati. Cuba kita bayangkan dorang tu sedara mara kita dan kita sendiri tak tahu yang sedara mara perempuan kita tu menghisap rokok di belakang mak bapak dorang, korang tak rasa sakit hati ke?

Dan yang lebih sadis lagi, aku pernah tengok remaja perempuan bertudung menghisap rokok tanpa rasa malu dan segan!

Fikirkan hati nak je sound tapi nak buat camne, dorang fikir dorang dah besar. Pandai makan pandail la simpan agaknya kot. Tapi sedarkah dorang tu, duit poket pun mak bapak dan PTPTN yang kasi. Lagi nak guna beli rokok? Dah la duit tu duit rakyat yang bayar tax, pastu plak dorang guna untuk beli rokok??!!

What the hell? Kalau adik perempuan aku buat camgitu, dah lama kena kaunseling.

Tapi yang paling menyedihkan ialah bila memikirkan hal mak bapak dorang yang tak tahu apa pun pasal anak perempuan dorang merokok. Mak bapak kat kampung siang malam berdoa supaya anak-anak mereka berjaya mengharungi pelajaran di menara gading tetapi lain pulak halnya anak-anak dorang.

Duduk kat kolej bukan setakat belajar yang sepatutnya tetapi belajar merokok pulak. Nampaknya betul la kajian yang dibuat bahawa perokok wanita melayu makin bertambah. Dah la rokok tu merbahaya untuk manusia, lebih-lebih lagi untuk kaum wanita. Tatau la aku macam mana keadaan dorang in the future. Dorang tak fikir ke pasal effect pada anak-anak yang bakal dorang kandung nanti?

Sepuluh tahun dulu, susah nak tengok perempuan merokok di khalayak ramai tetapi berlainan pula sekarang ni. Perempuan semakin berani dan berani. Hinggakan sanggup buat apa sahaja yang tidak terfikir oleh minda kita.

Aku rasa sudah sampai masanya penguatkuasaan undang-undang kepada wanita yang merokok di khalayak ramai diwujudkan. Kempen 'Tak Nak!' pada aku memang tak jalan. Target group bercelaru. Orang susah nak terima apa lagi perokok tegar dan perokok wanita. Tangkap dan sumbat dalam lokap barang sehari dua untuk mengajar dorang ini. Orang perempuan punya hati yang lembut, sure boleh berkesan walaupun sedikit aku rasa.

Belum cuba belum tahukan? Masa untuk berkempen aku rasa dah tak patut buat. Sekarang masanya untuk menguatkuasakan undang-undang. Denda pun ok jugak. Nampak je dorang merokok, terus saman! Sekali saman RM300, serik gak dorang ni nak merokok di tempat awam. Tapi dorang still akan merokok di tempat lain kan? Well, at least, kita ketatkan sikit undang-undang.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Editor's Note AG #6



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perjuangan tetap diteruskan walau apa pun ujian melanda. Sesungguhnya ujian itu ada hikmahnya dan hikmah itu sebenarnya satu nikmat yang jarang berlaku kepada seseorang hamba.

Chewah! Cam Al-Kulliyyah la pulak!

Sebenarnya aku bukan apa, cuma ingin melahirkan rasa bersyukur aku kepada ILAHI diatas kurniaanNYA, banyak nikmat yang ALLAH beri kepada kita, yang kadang kala kita lupa dan ghaflah. Kita jadi lupa daratan dengan kurniaan ALLAH dan menjadi riak, berlagak atau bak kata orang 'cam bagus'!

Sebut pasal riak dan berlagak ni, manusia jenis camgini bersepah kita boleh jumpa. Orang yang begini sebaiknya kita buat dunno je atau ignore. Manusia ni, terutamanya orang melayu pantang dipuji, lama-kelamaan akan hanyut jugak dengan pujian dan merasakan diri cam bagus! Lepas tu akan lupa daratan dan lupa kawan. yang si kawan ni pulak berkawan semata-mata nak berkongsi ilmu dan idea tapi disebabkan orang yang cam bagus ni berperangai kerek semcam maka si kawan ini akan merasa tersisih.

Yang si lupa daratan ini pula jenis yang berkawan ikut standard. Macam kasta dalam bangsa India la pulak. Ada tingkat-tingkat yang tersendiri. Kalau golongan bawah ni susah nak dapar kawan, sebab apa? Sebab, golongan bawah ini tak boleh bawa apa-apa keuntungan kepada si lupa daratan ni. Padahal dia lupa yang dia pun dulu berasal dari golongan bawah jugak!

Nak join geng pun kena pilih bulu. Kena tengok yang mana boleh bawa banyak profit dan duit untuk si lupa daratan ini. Maka, si kawan yang niat baik nak belajar dan timba ilmu tak dapat la nak teruskan semangatnya. Akhirnya akan membawa kepada penyerahan dan semangat yang semakin lama semakin lemah. Akhirnya tamatlah ikhtiar beliau untuk belajar melukis komik. Kesian shiot!

Itulah hakikat yang berlaku dalam masyarakat kita. Manusia lupa daratan bersepah di dunia sekarang ni. Nak kenal pun bukan susah. Senang je. Pejam sebelah mata pun boleh kenal. Ada jugak jenis yang lupa member bila dah senang. Masa dia susah dulu, dia akan selalu kontek kita tetapi bila dia dah senang lenang dan 'masyuk' maka dia akan melupakan kita. Sebab apa? Sebab kita sebenarnya tidak membawa apa-apa keuntungan bila berkawan dengannya. Padahal kita bukannya nak ambil apa-apa kesempatan pun, sekadar ingin berkongsi ilmu dan belajar dengan si lupa daratan ni. Itu pun nak berkira ke? Itu pun nak kena bayar ke? Bila tak dapat bayar terus hilang kawan? Ayoo! Nak berkawan kena based on duit ke? Kepala hotak!

So, macam mana tips nak pilih kawan yang boleh berkongsi susah senang ni? Test dengan duit je, small thing but yet you can learn something big. Bak kata orang, kawan gembira ni memang cukup ramai tetapi kawan menangis ni berapa kerat je yang ada. Tidak keterlaluan kalau aku kata 1 dalam 50 orang. So, berhati-hatilah memilih kawan. Takut kalau nanti kita menangis keseorangan tanpa kawan.

Think about it!

Editor's Note AG #5


Avant Garde sudah menjangkau isu ke 5 zine, Alhamdulillah! segala puji bagi ALLAH, Yang Maha Esa lagi Maha Bijaksana. Segala puji hanyalaj untukNYA.

Aku sambung apa yang cuba aku ketengahkan dalam AG #4 bulan april lepas [bagi sesiapa yang mengikuti].

Dengan sikpa yang begitu, nama kita akan mendapat rekod yang buruk. Komitmen sedikit yang kita berikan itu akan membawa kesan yang besar apa lagi kepada teman-teman yang mengenali kita. Teman-teman mengetahui yang kita mempunyai stroke dan skill melukis yang baik dan hebat. Tetapi bagaimana kalau teman-teman melihat karya komik kita yang seciput itu.

Ya! Kita mungkin akan berkata: "Buat apa aku nak bersengkang mata untuk bayaran yang seciput ini sedangkan lebih baik aku bersengkang mata untuk bayaran yang seketul!"

Memang betul apa yang kita cakapkan itu tetapi bagaiman dengan pendapat orang lain atau lebih tepat lagi, peminat kita atau mereka-mereka yang mengikuti hasil karya komik kita di majalah. Sudah tentu mereka akan memberikan pendapat yang berbeza. Sudah tentu ada yang setuju dengan kita tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak bersetuju?

Mungkin kita tak ambik kisah dengan apa yang mereka nak katakan atau berikan pendapat. Tetapi sedarkah kita bahawa mereka yang mengikuti perkembangan komik kita inilah merupakan mereka yang menyebarkan karya komik kita kepada orang lain. It's like a free promotion for our artworks or comics!

Siapalah kita tanpa pembaca dan peminat setia yang mengikuti perkembangan karya atau komik kita. Mereka-mereka ini giat berforum, berforum dari satu forum ke satu forum. Dari forum tempatan kepada forum luar dan kepada mereka inilah kita bergantung untuk membuat promosi karya kita ke luar.

Ya! Mungkin kita pun berforum juga tetapi mampukah kita hendak melayari setiap forum berkenaan komik atau 'art' yang ada di dunia ini?

Yang pentingnya disini adalah sikap kita. Apa tujuan sebenar kita melukis komik? Adakah kerja aminat atau duit? Ataupun kerana komitmen kepada duit ataupun komitmen kepada minat?

Perlu diingat, kalau sesuatu benda itu dilakukan kerana duit, setiap benda yang kita lakukan itu tidak akan bertahan lama. begitu juga dalam usaha menerbitkan komik secara sendiri. Jika kita fikirkan menerbitkan komik boleh buat kita kaya raya, just forget it guys! Just gorget it!

Cuba tengok sejauh mana kita akan dapat bertahan? Berlainan pula dengan orang yang membuat sesuatu kerana minat yang mendalam. Melukis atau menerbitkan komik secara sendiri tidak akan mudah mengaku kalah kalau komik atau majalah mereka tidak diterima masyarakat.

Itulah perjuangan sebenarnya. Perjuangan untuk terus hidup di kalangan mereka yang 'mati'!

Editor's Note AG #4


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah...no 4. Panjang umur lagi zine AG ni. itulah perkataan pertama bermain dibenak minda tatkala aku cuba memikirkan apa yang ingin aku catatkan di runagan editor's note ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang-penyumbang yang setia memberi sedikit komitmen kepada zine AG ini. Walaupun sedikit tetapi nilainya amat tinggi pada pandangan aku. Terima kasih sekali lagi, terima kasih diatas bantuan kalian membantu aku meneruskan perjuangan.

Bercakap pasal perjuangan ini, ada orang mengingatkan aku tentang perjuangan. "Jangan cakap pasal perjuangan kalau tidak boleh beri komitmen!" Ringkas dan padat tetapi mempunyai maksud yang begitu mendalam dan bisa membuatkan aku terfikir sejenak tatkala hendak melelapkan mata sebelum tidur.

Aku tidak faham sebenarnya apa yang cuba dimaksudkan oleh seorang kawan aku ini tetapi aku pasti dia menujukan ucapan itu kepada seseorang. Aku tidak fikir orang lain, sebaliknya, aku tengok diri sendiri. Dan aku terfikir sudah cukupkah komitmen yang aku berikan selama ini? Sudah tentu komitmen selama beberapa bulan ini belum cukup dan ucapan itu sebenarnya terkena atas batang hidung aku sendiri! Aduh!

Dan aku melihat perjuangan ini satu benda yang memang susah hendak dilakukan apabila kita membuat sesuatu tidak berasaskan minat yang mendalam. Aku beri contoh yang senang untuk difahami. Pemain bola misalnya, tidak perlu pemain profesional tetapi seseorang remaja yang minat bermain bola. Dia akan pastikan dirinya dapar bermain bola setiap hari jikalau boleh, berdasarkan kepada minatnya yang mendalam. Dia tidak fikir pasal duit, dia tidak fikir pasal orang melihat dia bermain ke tidak, yang penting baginya ialah dapar bermain bola walaupun setengah jam.

Begitu jugalah dalam dunia kita memperjuangkan komik kerana minat yang mendalam. Berjuang kerana duit dan berjuang kerana minat adalah dua benda yang amat berbeza. Apabila kita berjuang berlandaskan duit maka duitlah yang akan sentiasa memberi motivasi kepada kita untuk melukis komik. Segala dibuat berdasarkan duit. Lukisan komik kita menjadi kemas, hebat, atau 'tahap dewa' bila bayarannya tinggi tetapi jika bayaran rendah, kita malas untuk melukis sebaik mana yang kita mampu sebenarnya. Lebih kurang begitulah maksudnya walaupun tidak tepat. Lukisan komik kita akan berpandukan kepada duit, jika tinggi bayarannya maka tinggilah semangat kita untuk menghasilkan yang terbaik. Tetapi berlainan pula apabila bayarannya rendah. Kita pun turut mempunyai semangat yang rendah untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Sedangkan kita lupa satu benda yang amat-amat bernilai. Apa dia?

Cuba fikir komik kita itu akan diedarkan seluruh Malaysia, ada orang yang akan membaca komik kita dan dengan tidak secara langsung akan membawa reaksi yang negatif dari pembaca tentang kualiti komik kita, dan orang akan berkata, "Malasnya dia ni melukis" "Kenapa lukis macam malas je ni?""Siapa pelukis komik ni? Malasnya!" Apa jadi dengan reputasi kita sebagai pelukis komik yang cuba memperjuangkan komik Malaysia? Ya, orang tidak kenal siapa kita tetapi orang akan ingat nama pena kita. Bersambung di #5.


Friday, July 15, 2005

Editor's Note AG #3


Avant Garde 03

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulillah, berjaya juga aku menerbitkan zine AG untuk bulan yang ke-3 berturut-turut. Tak sangka pulak aku mampu sebenarnya nak terbitkan zine sebulan sekali dengan tenaga mahir yang terhad. Yang penting, kejayaan menerbitkan zine AG adalah atas sokongan kawan-kawan yang menyokong dari segi idea dan artwork. Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan zine AG#1 dan AG#2.

Bulan march tiada apa sangat yang ingin aku utarakan cuma ingin lahirkan kebimbingan kepada satu isu yang amat sensitif. Isu ini aku tak tujukan kepada sesiapa TETAPI marilah kita sama-sama fikirkan.

Sebut pasal PELACURAN, sudah tentu terbayang di benak fikiran kita akan satu aktiviti yang tidak sihat tetapi bagaimana pula dengan PELACURAN KOMIK? Mungkin kita tidak pernah dengar, baca atau bercakap berkenaan perkara ini tetapi isu inilah yang sedang melanda dunia komik tanahair. Apa sebenarnya PELACURAN KOMIK ini? Adakah pelukis komik memperdagangkan diri untuk aktiviti tidak sihat? Wo-ho! Tidak sama sekali, tidak.

Maksud aku disini adalah menjadikan komik sebagai bahan lacuran untuk mengambil keuntungan yang mudah semata-mata atas alasan nak survive. Tak perlu la aku sebut siapa tetapi cukup la aku bincangkan apa kejadahnya isu ini? Bagi aku sebagai peminat komik yang setia sejak tahun 1980, dunia komik tanahair kita sedang dilanda masalah yang besar. Masalah sesetengah pihak 'melacurkan komik' untuk keuntungan produk yang mana isi komik itu sendiri sebenarnya kosong. Komik hanya menjadi hiasan sedangkan cerita dalam komik itu sendiri sudah jadi ntah hapa-hapa ntah. Komik jadi hambar dan boring. Komik jadi hiasan majalah yang didakwa memperjuangkan komik! Itulah masalahnya kalau korang nak tahu.

Mendakwa kononnya mereka memperjuangkan komik tanahair tetapi sebenarnya mereka mengabaikan isi cerita komik itu sendiri. Maka jadilah komik itu hanya hiasan semata yang tidak mempunyai apa-apa faedah yang bermutu darinya. Mungkin lukisannya boleh dibangga tetapi bagaimana dengan ceritanya? Korang fikirkanlah sendiri. Mungkin bagi korang isu ini ntah hapa-hapa ntah tetapi bagi aku benda ini virus. Lama kelamaan negara kita akan dibanjiri oleh komik-komik yang tidak bermutu dari segi jalan cerita dan menjadi trend yang memualkan satu masa nanti!

Itu belum cerita pasal identiti lagi tu. Kalau nak cerita pasal identiti, habis 1 zine pun belum tentu cukup.

Apa dah jadi dengan dunia komik tanahair sekarang? Penuh dengan pelacur yang melacurkan komik atas alasan survival? Fikirkanlah!

Editor's Note AG #2


Avant Garde 02

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu lagi kita untuk kali ke-2 dalam isu ke-2 zine Avant Garde ini. Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua pembeli zine AG#1 dan jugak komen-komen yang diberikan bagi memperbaiki zine Ag ini.

Bercakap pasal komen ini, pihak AG ada menerima komen-komen positif dari mereka-mereka yang aktif dalam forum PERGH.COM. Aku ada membuka satu ruangan (thread) untuk pembeli atau pembaca zine AG memberi komen dan nasihat. Ramai yang memberi maklumbalas yang positif dan tidak kurang juga yang memberi komen berdasarkan personal issue. Aku tatau la apa niat dorang yang sebenarnya tetapi komen yang setakat 'melepaskan dendam yang terbuku' memang satu komen yang sepatutnya diabaikan.

Aku jugak ada berbalas-balas message dengan seorang penulis didalam ruangan (thread) yang dibuka oleh salah seorang dari berpuluh-puluh kawan penulis tersebut. Bermacam-macam isu yang ditimbulkan dan si 'penulis buta' itu seolah-olah ingin menunjukkan bahawa dia seorang yang hebat. Pernah lepak dengan orang-orang lama dalam dunia komik, pernah sound editor itu la ini la. Well, dalam dunia ni sebenarnya ramai yang camgitu. Ong sana ong sini tapi tak semestinya orang terima buat-bulat. Semorang boleh cakap lepak dengan orang ini, lepak dengan orang tu but tak semestinya orang percaya beb! Come on...kalau betul dia sound editor beberapa majalah, dorang diam tapi tak semestinya dorang akan terima. Bak kata orang, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. memang la editor-editor majalah tu tak sound dia balik sebab dorang bersikap profesional. Tak kan la kita ecpect dorang nak lempang atau maki atau sound kita balik kot?

Dan isu yang cuba si 'penulis buta' ni utarakan pun sebenarnya, isu yang dah berbulan basi dan isu tu pun bukannya dimulakan oleh aku. Tak pasal-pasal, macam aku plak yang memula bukak isu tu. Wahai penulis buta, baca la dulu bebetul, tengok bebetul siapa yang mulakan ruangan tu.

Nak sindir punya pasal, sampaikan website aku pun jadik mangsa sindiran penulis buta tu. Nampak sangat macam dah takde modalnak sindir. Come on la brader, kalau setakat kritik sana kritik sini tapi bila orang mintak share idea tapi tak boleh nak share LANGSUNG baik takyah jadi penulis. By the way, betul ke ko seorang penulis? Tah-tah orang gila mana tah terlalu obsess dengan dunia sastera sampai nak kena berbohong dan bersumpah.

Aku sebenarnya tak kisah nak kutuk, sindir, maki tapi kalau dah sampai nak kongsi ilmu ko tu sedikit pun tak boleh, baik tak payah! At least, kongsi la sedikit ilmu dengan orang yang HANYA buat zine ni. Later on, aku tahu siapa sebenarnya dorang tu. Dunia ni kecik je sebenarnya.

Saja lepas geram, sori.

Editor's Note AG #1


Avant Garde 01

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

First of all, i thank GOD. Then, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada korang yang telah membeli zine Avant Garde ini. Aku harap korang semua tak salah faham. Zine ini sebenarnya memang dibuat dalam dua bahasa ataupun dwibahasa. Bukan apa sebenarnya, nak test market kata orang. Ye ke? Aku tak pasti la kata orang tapi bagi aku, nak test market.

Yang keduanya aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak secara langsung. Terutama supernothing aka bigg, takara, lily, alifstyle, amykamen555 dan Metallica (sebab time karang editor's note ni aku tengah dengar Metallica | Garage Inc)

Seterusnya aku nak ucapkan ribuan terima kasih juga kepada semua warga PERGH.com terutamanya saudara rio yang telah memperkenalkan aku kepada PERGH. Begitu juga ubder dan nurie yang telah banyak mengajar aku akan erti perjuangan. Tak lupa juga kepada tarakucha yang banyak membantu aku selama ini.

Memandangkan AG#01 ni adalah persembahan sulung aku sebagai editor dan compilator (tukang kumpul artwork dan artikel), aku pasti banyak yang perlu aku pelajari dan selami. Aku tahu, aku sebenarnya zero dalam dunia penerbitan zine ni tapi atas dasar semangat yang membara, nak jugak aku merasa jadi editor ni. Bukan senang nak jadi editor ni sebenarnya, tapi, kata orang, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Itulah oegangan aku selama ini. Selagi tak dapat, akan aku cuba sampai dapat.

Sempena tahun baru 2005 ini, aku pun nak ucapkan selamat tahun baru dan azam aku tahun ni, aku nak jadi orang yang produktif. Kalau boleh aku nak terbitkan zine ni 2 bulan sekali. Kalau aku kata, kalau. Kalau tak dapat, 3 bulan sekali pun sudah memadai. Tu je kot.

Enjoy reading avant garde 01!

Happy New Year

Projek Menerbitkan Komik Bersiri Sudah Bermula

A few day ago, i guest wednesday la kot. Aku secara tiba-tiba didatangi oleh salah seorang teman sepejabat yang secara langsung bertanya kepada aku.
"Azrin, kau buat komik kan?"
"Ya, kenapa?"
"Aku ada banyak idea ni, ada orang advice suruh aku buat novel tapi takut tak dapat capture pulak, sebab tu aku rasa komik lagi best."
"Ok. Shoot!"

Dalam dekat 45 minit dia menceritakan segala detail akan idea cerita. bagi aku not bad dan aku yakin cerita ni kalau dilukis dengan baik dan kemas akan menjadi satu fenomena baru dalam dunia komik tanahair.

Awal pagi khamis, dia mengajak aku lepak di cubical dia dan membuat planning tidak rasmi bersama aku. Aku beritahu dia, kalau dia nak bikin proper printing dan nak jimat boleh pakai kertas newsprint, print dalam hitam putih, just cover je color. Aku suggest dia bikin draft cerita dulu dan develop setiap watak dalam cerita tu, baru senang nak lukis.

Dia mula draft sinopsis cerita secara ringkas supaya aku senang faham dan aku nampak dimana kejayaan cerita ini sebab ianya lain dari yang lain. Banyak items yang boleh diketengahkan dan banyak benda yang menarik. Maaflah aku takleh nak story sekarang sebab benda ni masih dalam pembikinan dan masih stage awal. Korang kenala tunggu dulu. Orait?

Kawan aku ni bersemangat betul dan aku nampak akan kesungguhannya. Dia bercadang ingin menerbitkan komik ini somewhere next year dan aku suggest dia mulakan menulis cerita dan siapkan proper plan.

Hopefully projek ni akan menjadi dan aku berjaya menjadi penerbit dan pelukis komik serentak. Kalau pun aku tak dapat melukis, aku boleh assign orang lain dan aku boleh jadi penerbit.

Apa yang boleh aku cakap, komik bersiri ini akan diterbitkan secara bulanan dan sirinya akan menjangkau selama setahun!

Doakan kitorang.

Di Sini Bermula Satu Cerita

AssalamualaikOm,

Di sini bermula satu cerita. Aku rasa itulah tajuk paling tepat untuk aku memulakan blog rasmi untuk zine Avant Garde aku ini. Sebenarnya tak banyak yang ingin aku tunjukkan. kemungkinan besar aku akan masukkan segala artikel yang pernah keluar di dalam zine Avant Garde aku. Mungkin aku akan mulakan dengan artikel-artikel dari editor's note [nota pengarang] dan seterusnya untuk artikel-artikel lain.

Barang diingat, artikel aku yang pernah keluar dalam zine AG sebenarnya bukan 100% asli. Ada yang aku ambik dari paper, dari majalah-majalah lama dan internet. Bukan tujuan aku untuk menciplak atau memplagiat artikel-artikel tersebut tetapi tujuan sebenarnya adalah aku ingin berkongsi dengan korang semua. Banyak benda yang kita take for granted dan lupa akan sesuatu peristiwa penting atau tokoh-tokoh terkenal dalam dan luar negeri.

Untuk pengetahuan korang semua, zine AG ini sudah berumur 7 bulan dalam pasaran 'undergorund scene'. Memang zine AG tiada di pasaran biasa, tiada di kedai mamak atau Kino even Basheer. Sure korang semua tertanya-tanya kenapa kan? Untuk underground scene tidak perlukan kelulusan KDN untuk diterbitkan. Underground scene ini lebih berbentuk bikin sendiri, print sendiri dan worst come to worst, syok sendiri.

Lagipun kebanyakkan artikel aku tidak asli dan aku rasa kalau zine AG ini ada KDN, maka merupakan kesalahan besar kerana menciplak artikel-artikel orang lain. Ingat, aku hanya ingin berkongsi dengan korang semua artikel-artikel itu, bukan untuk mencari keuntungan. Lagipun bikin zine sendiri ni bukanlah untung banyak mana pun. Balik modal pun kadangkala missed! Itulah realitinya. Fikirlah 2,3 kali sebelum publish zine sendiri ni. Banyak modal nak kena keluar lebih-lebih lagi kalau korang buat seorang diri. Penat oOOo.

Memang cita-cita aku nak jadi penerbit majalah atau komik tetapi memandangkan masalah modal yang besar diperlukan, aku TERpaksa melupakan sekejap hasrat aku ini. Dari kecil lagi aku dah berangan-angan ingin menjadi penerbit komik atau majalah. 'From the very first time' aku pegang komik, aku sudah berfikir sejauh itu. Alangkah seronoknya jika impian itu menjadi kenyataan.

Kejayaan aku menerbitkan zine AG ini selama 7 bulan berturut-turut merupakan kejayaan juga bagi aku walaupun tidaklah sehebat mana tetapi buat pengetahuan korang semua, belum ada pengusaha zine 'bawah tanah' berupaya menerbitkan zine sehingga 7 bulan berturut-turut. Maksud aku, zine yang dapat dikeluarkan secara bulanan. Majalah yang dikeluarkan secara bulanan memang banyak tetapi bagi self-publish zine ni tidak ramai yang berani.

Sebelum terlupa aku juga akan post 'cover-cover' yang pernah menghiasi muka hadapan zine AG aku ini. Cukup setakat itu. InsyaALLAH, aku akan updates secepat mungkin.

Doakan kejayaan aku bersama AG.