Saturday, August 04, 2007

Majalah Salina: Revisited Bahagian Kedua

Arena komik tanahair bukannya ketandusan pelukis komik yang hebat tetapi ketandusan penulis komik yang hebat.

Komik Malaysia suatu ketika dulu cukup gah dengan Penerbitan Mediaseni yang berjaya menerbitkan ratusan komik sepanjang beberapa tahun. Namun begitu diatas kos penerbitan yang semakin meningkat, Mediaseni terpaksa diberhentikan.

Ketika itu siapa tidak kenal Saari AM, Marzuki Yusof, Mansor Ibrahim, Ibrahim Hamid, Rosli Hamid serta ramai lagi. Komik mereka menjadi pujaan dan bacaan ribuan pembaca ketika itu. Kenapa komik mereka berjaya? Persoalan itu yang perlu kita tanya dan fikirkan apakah jawapan yang perlu dicari?

Adakah kerana lukisan komik mereka sahaja yang menarik atau kerana tulisan komik mereka juga menarik?

Pada pendapat aku, komik ketika itu berjaya kerana pelukis komik ketika itu masih lagi mempunyai bakat penulisan yang agak hebat. Komik mereka bukan sahaja menarik dari segi lukisan mereka malah tulisan dan cerita mereka juga.

Contohnya, Marzuki Yusof, anak jati Kelantan yang cukup terkenal dengan komiknya, Jati Tunggal. Komik kepahlawanan yang meniru aksi Conan The Barbarian tetapi digarap dengan cerita dan lokasi tempatan. Cantuman yang berjaya dilukis dan ditulis Marzuki Yusof.

Begitu juga Saari AM yang begitu banyak melukis komik pendekar yang banyak mengekploitasikan masyarakat melayu ketika dahulu. Komik dan tulisannya yang bersahaja cukup berkesan di hati pembaca. Malah, beliau layak digelar bapa komik pendekar Malaysia kerana puluhan komik beliau banyak menggunakan pendekar sebagai watak utama.

Masalah kita pada masa sekarang adalah storytelling. Tukang cerita yang betul-betul berbakat. Tukang cerita yang boleh mengembalikan kegemilangan komik tanahair seperti zaman Mediaseni atau Salina dahulu.

Kalau komik luar mempunyai penulis hebat seperti Brian Michael Bendis atau Mark Millar, kenapa kita tidak boleh memiliki penulis sehebat seperti mereka?

Kenapa kita masih mencuba gaya lama pelukis komik menulis komik pada masa yang sama sedangkan kita tahu keputusannya adalah tidak memberangsangkan?

Lebih malang lagi bila pelukis komik syok sendiri tanpa menyedari komik mereka sebenarnya adalah bahan jenaka pembaca diluar?

4 comments:

Kalamtimur said...

tabik inspektor sahab. kerana mereviu komik-komik media seni dan raz studio

Pasir Berdengung said...

Tulisan yang baik, mengenang jasa penggiat seni

Pasir Berdengung said...
This comment has been removed by the author.
Pasir Berdengung said...

Saari AM adalah bapa saudara saya yg masih melukis untuk koleksi peribadi,buat masa ini tidak bekerja d mana2,saya percaya lukisan atau komik dia masih lagi boleh d ketengahkan dlm bentuk lebih terkini mengikut peredaran zaman,saya boleh memaparkan koleksi2 peribadi beliau sekiranya ada yg berminat,buat masa ini beliau menetap d rantau panjang bersama keluarga...terima kasih d atas tulisan yg saya anggap pengiktirafan kepada org seni seperti beliau...Tahniah saudara