Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tidak sedar masa begitu cepat berlalu. Diam tak diam kita sudah sampai ke penghujung bulan November dan bulan hadapan kita akan berada di penghujung tahun 2005, Disember. Bagaimana dengan sambutan Hari Raya & Deepavalli korang? Happenning? Sambutan raya aku macam biasa sahaja. Cuma bezanya tahun ini aku menyambutnya di kampung halaman di rumah baru emakku. Tercapai juga hajat orang tua aku ingin beraya di rumah baru.
Memang penat berpindah randah ni, apa lagi jika di bulan puasa dan ternyata aku hampir-hampir pengsan. Nasib baik dah hujung bulan puasa. Tenaga pun dah semakin neutral dan stamina pun makin kuat semula. Alamak! Melalut la pulak aku ni, sori geng!
Jadi, apa cerita untuk bahagian ke-3 ini? Pendapat anda tentang komik? Ada apa-apa pembaharuan? Let me share you a story that will make you think whether the people's power can change a lot of thing or not.
Ada 2 majalah komik tempatan ini yang kononnnya memperjuangkan komik tempatan. Itu yang di akui oleh mereka dan kita boleh tengok sendiri sejauh mana kebenarannya. Kita tinggalkan dahulu berkenaan perjuangan mereka tetapi apa yang ingin aku ketengahkan ialah tentang keupayaan mereka. Apa yang mengecewakan aku kepada ke-2 majalah komik ini ialah kandungannya. Boleh dikatakan hampir 99% kandungan kedua majalah komik ini diceduk dari internet dan bukan setakat itu sahaja malah beserta dengan gambar-gambarnya sekali.
Dan lagi, bukan berhenti disitu sahaja malahan ada yang dijadikan hiasan muka depan ke-2 majalah komik itu. Sungguh memalukan bagi sebuah penerbitan majalah komik yang sudah lama bertapak di Malaysia ini dengan kekuatan staf yang melebihi 50 orang. Belum lagi sentuh dengan segala bakat-bakat yang ada di dalam syarikat penerbitan tersebut.
Jika kita imbas kembali majalah ini ketika diawal penerbitannya, mereka dengan berani dan sifat terpuji mereka menggunakan karya tempatan sebagai hiasan muka depan majalah mereka itu. Dan sesungguhnya untuk setahun penerbitan mereka, bermacam onak dan duri terpaksa dihadapi termasuklah memberikan majalah tersebut secara percuma kepada murid-murid sekolah.
Namun begitu dengan kesungguhan dan ketabahan mereka di belakang tabir, majalah-majalah mereka mula mendapat tempat di hati pembaca komik terutamanya peminat manga yang ketika itu ketandusan bacaan tempatan bercirikan manga. Sesungguhnya penangan manga berjaya mengenepikan komik-komik Hong Kong ketika itu yang berpaksi kukuh di persada hati pembaca komik tempatan.
Isu hiasan muka depan majalah mereka menjadi isu yang paling hebat dibincangkan sehingga melibatkan beberapa orang 'chicken' yang hanya berani berselindung di sebalik nama di forum dan hanya berani di forum SAHAJA. Banyak perkara disentuh terutamanya kandungan majalah tersebut, komik-komik sampah dan isu hak cipta.
Namun begitu setelah hampir 3,4 bulan 'berperang' menegakkan benang basah akhirnya mereka diam. Bak kata mereka, hati mau baik. Diam seribu bahasa dan diam tidak beerti kalah. Dan hasilnya kini ke-2 majalah ini sudah mengalami banyak perubahan. Walaupun masih mengekalkan kandungan 'internetnya' mereka mula menggunakan karya tempatan sebagai hiasan muka depan majalah-majalah mereka. Mereka mula mengambil ramai penulis-penulis berbakat untuk menghasilkan komik-komik yang bermutu dan banyak mempunyai teladan.
Itulah namanya People's Power. Walaupun tidak menang ketika dahulu namun hasilnya dapat kita saksikan kini. Majalah itu akhirnya akur dengan People's Power. Syabas diucapkan kepada editor kedua majalah tersebut.
Tidak terlalu awal rasanya untuk aku ucapkan Selamat Tahun yg Baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment