Wednesday, November 30, 2005

Bulan-bulan Kreatif

Orang-orang kreatif ni sebenarnya beruntung. Kenapa aku kata beruntung? Cuba perhatikan 4 event besar telah/akan diadakan untuk orang-orang seni atau kreatif ini.

Bermula dengan Malaysian Video Awards (MVA) dan Malaysia Comic Carnival. Kedua-duanya bermula serentak iaitu pada 25hb November yang lepas. Rancangan awal aku ingin mengikut kedua-dua event besar ini tetapi kesihatan menjadi halangan besar. Aku ditakdirkan kurang sihat untuk 2,3 hari bermula 25hb yang lepas. Atas sebab-sebab inilah maka aku terlepas untuk menyertai walaupun satu dari event-event tersebut.

Malaysian Video Awards sebenarnya sudah lama bertapak di persada kreatif tanahair. MVA ini lebih banyak memfokuskan tentang vido-video yang dihasilkan oleh individu-individu yang baru dalam dunia video ini. Mungkin amatur adalah perkataan yang paling sesuai untuk pengiat-pengiat video kecil-kecilan ini. Walaupun amatur tetapi hasil usaha mereka perlu juga diberi pengiktirafan dan anugerah. Maka wujudlah Malaysian Video Awards.

Aku sebenarnya mengikut secara slow and steady tentang perkembangan MVA ini. Sejak di IPT lagi aku sudah mengikuti MVA ini dan berazam untuk menghadirinya 1 hari nanti. Azam aku hampir menjadi kenyataan sabtu lepas tetapi apakan daya, takdir bukan hak aku. Maka terlepas lagi untuk kesekalian kalinya. InsyaAllah, tahun hadapan aku pasti akan mneyertainya bukan sahaja sebagai pemerhati, mungkin juga sebagai peserta.

Event kedua yang aku terlepas adalah Malaysia Comic Carnival yang dianjurkan oleh Gempakstarz. Satu penerbitan yang besar di Malaysia ketika ini. Karnival Komik ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada pengiat, pembaca, penulis dan pelukis komik tanahair. Ia juga diadakan untuk mengumumkan pemenang Bakat Baru Komik yang diadakan oleh majalah komik seperti Gempak, Starz, Utopia dan Comic King. Banyak buku-buku baru yang muncul dipasaran termasuk koleksi lukisan Pupeeteer, The Verge dan Slauim, Monggo.

Seperti sebelumnya aku terlepas kerana atas alasan kesihatan. Apa nak buat.

2 event yang akan berlangsung untuk bulan Disember ini ialah Laman Seni Kuala Lumpur pada 3hb Disember ini dan Comic Fiesta pada 17 dan 18hb Disember akan datang. Laman Seni Kuala Lumpur atau LSKL ini akan diadakan di Balai Seni Lukis Negara, Jalan Tun Razak, KL bermula 8 pagi hingga 5 petang. Banyak bahan-bahan kreatif yang akan dijual dan banyak persembahan kreatif juga akan dipersembahkan. Masuk adalah percuma.

Sementara Comic Fiesta pula adalah satu lagi event untuk penggiat-penggiat komik bercirikan manga. Banyak program yang berunsurkan manga akan diadakan terutama persembahan Cosplay manga. Event ini akan diadakan di Sri Sedaya School Hall, Subang Jaya. Event ini akan bermula 11 pagi hingga 7 petang pada 17hb dan pada 18hb akan bermula 3pm hingga 8 malam.
Untuk event ini tiket-tiket akan dikenakan. Untuk 2 hari harga tiket adalah RM15 dan RM8 untuk sehari.

So, bulan kreatif sudah tiba dan akan tiba dengan 2 lagi event besar. Jika ada kesempatan joinlah event tersebut jika anda peminat seni atau komik.

1 comment:

Anonymous said...

Salam Aidil Adha Madstone and Team.

marts.