Thursday, October 27, 2005

Editor's Note AG #10

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejarah telah membuktikan bahawa karya komik atau kartun yang ditulis dan dilukis oleh 2 orang yang berbeza kebiasaannya akan menghasilkan satu karya yang berjaya.


Sebagai contoh, mari kita tengok kartun abe' tulisan ujang dan lukisan oleh Aie. karya ini sesungguhnya berjaya mencuri perhatian pembaca dan sehingga kini setelah lebih 8 tahun, karya ini masih diingati sehingga sekarang.


Namun begitu ini tidak bermakna karya one man show tiada mutu dan tidak menarik. Ada juga karya one man show yang berjaya seperti Perwira Mat Gila karya allahyarham Rejabhad, komik Jati Tunggal karya pelukis komik terkemuka tahun 80an, Marzuki Yusoff, karya-karya komik Saari A.M dan banyak lagi contoh-contoh lain.

Namun begitu sejak kebelakangan ini, lukisan komik one man show adalah lebih kepada stroke dan gaya lukisan. sungguh malang sekali, olahan cerita tidak dititikberatkan. Maka jadilah komik itu sekadar bacaan kosong. Menarik tetapi tidak sampai seminggu karya itu akan dilupakan untuk rujukan dan sebagainya.


Karya-karya yang bermutu biasanya akan dikenang lama dan peminat atau pembaca sudah pasti akan merindui karya-karya yang seumpamanya. jadi, dimanakah silap kita sebagai penggiat komik? Adakah tercalar ego kita jika melukis komik hasil olahan cerita oleh orang lain? Adakah kita susah melukis komik hasil tulisan orang lain? Sampai bila kita harus bersikpa demikian? Tidakkah sepatutnya kita merasa bangga kerana dapat melukis komik hasil tulisan orang lain kerana siapa tahu, mungkin karya itu akan menjadi sebutan ramai dan diingati sepanjang zaman. Satu masterpiece yang susah untuk ditinggalkan didalam lubuk memori peminat atau pembaca.


Sudah sampai masanya kita sebagai penggiat komik tanahair bersatu tenaga dan usaha untuk memertabatkan nilai komik tempatan supaya komik di Malaysia akan menjadi satu industri yang maju dan dapat membuka banyak peluang pekerjaan dan perniagaan di masa hadapan.


Sudah sampai masanya kita berganding bahu dan menolak tepi segala ego demi untuk memajukan komik tanahair ke tahap yang lebih tinggi dan mendapat pengiktirafan kerajaan.


Marilah bersatu tenaga dan berganding bahu demi untuk komik tanahair.


Selamat menyambut Eidulfitri.

6 comments:

Pai said...

selamat hari raya aidilfitri...

Anonymous said...

He he he...

Brother Madstone, kalau tak salah aku it's Periwira Mat Gila not Perwira Mat Gila. Rejabhad said ada cerita di sebalik 'kesengajaan' kekeliruan pembaca dengan Periwira dan Perwira.

Salam Aidil Fitri buat team AG.

stone said...

ooOOO ye ke?
thanks for the info mart

Selamat Hari Raya Santo & Mart

Anonymous said...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Anonymous said...

Bro Madstone, entry post-raya tak ada ke?

Peace.

stone said...

Ada-ada, sabaq noo...
bz skit dok siapkan zine AG 2 isu sekaligus ni
byk bende nak kena taip & translate

sori la geng