Thursday, October 20, 2005

The Way I See It

Apa yang aku harapkan kepada sebuah majalah komik tempatan untuk memperjuangkan dunia komik tempatan rupanya hanya tinggal harapan kosong dan hampa. Walau apa pun alasan editornya bagi aku, untuk memperjuangkan komik tempatan, aku rasa, jauh lagi perjalan mereka. Apa yang dipersembahkan hanyalah sekadar memenuhi pasaran dan menurut apa yang sudah ada di pasaran. Majalah komik lain senyum lebar dengan hala tuju majalah tersebut yang bagi aku sebenarnya hanya hangat-hangat tahi ayam. Aku kecewa bila manga mula menguasai majalah komik tersebut. Sejak 2,3 keluaran lepas, banyak pula manga yang diterbitkan.

Aku tidak tahu apa yang patut aku buat, adakah aku perlu melanggan majalah komik ini? Sudah tentu tidak. Aku sudah melanggan Starz, itu pun dah 100% manga, aku sudah tidak dapat menerima manga lagi, cukuplah! Apa yang aku perlukan adalah seperti zaman Mediaseni. Komik-komik Malaysia yang jauh bezanya dari sekarang. sepatutnya kita lebih maju namun sebaliknya yang terjadi. Kecewa dibuatnya.

Aku pernah bercakap dengan salah seorang pelukis animator disalah sebuah syarikat Animation. Majalah ini melakukan kesilapan yang besar bila meniru konsep majalah lain untuk memperkenalkan diri mereka di pasaran majalah komik Malaysia. Katanya lagi, majalah ini tidak akan bertahan lama tetapi kita tunggu dan lihat sendiri sejauh mana mereka boleh bertahan. Aku takut mereka tidak akan dapat bertahan untuk tempoh 2 tahun. Jikalau mereka dapat bertahan sejauh itu, insyaALLAH mereka akan survive.

Teruskan perjuangan anda!

Projek majalah aku akan berjalan mungkin dlm 2,3 tahun ini. Rancangan aku untuk mendapatkan modal rasanya akan berjaya untuk tempoh setahun akan datang. Tunggu dan tunggu.

5 comments:

Pai said...

waaa madstone...wa respek lu punyer semangat dlm memperjuang kan 'industri' komik di malaysia..by the way, how's ur zine? i hope it has its own concept..sbb kdg2 menyampah gak klau baca komik2 tempatan, tapi ciri2 dia sebijik cam komik2 hong kong..

Pai said...

oo..sorry2..i dont know dat ur comics are already published..i'll have a look at it..

Anonymous said...

haha boring mmg tahap boring le asik-asik baca majalah stail manga, kalau mampu le buat majalah cam Judge Dredd atau AD2000

stone said...

santo beskal
actually, aku bukan buat komik tapi 'zine'. Zine aku buat berbentuk DIY. Do-It-Yourself. Saiz pun kecik je A5. Biasa la modal kecik.

Nak buat komik tu mmg ada plan tapi takde modal.

Zine aku ni berbentuk majalah. Ada komik ada illustrasi dan beberapa artikel yang aku cedok dari internet atau suratkhabar.

antu comixx
mmg la boring asik-asik baca manga ni tapi nak buat mcm mana dah ramai org suka. Demand tinggi, so terpaksa la publisher bikin.

InsyaAllah ada modal aku bikin la 1 majalah local artis dan local isu.

Anonymous said...

aku pon nak tunggu gak komik ko kuar... letih dah membaca manga yang tak tahu halatujunyer tuh