Friday, August 26, 2005

Pendapat Anda Tentang Komik?

Sebut sahaja pasal komik ini, tentu yang menganggap komik ini hanyalah bacaan ringan yang tidak membawa apa-apa faedah. Komik HANYALAH sebagai alat untuk menghiburkan hati yang lara, untuk mengisi masa lapang yang ketika itu kita tidak tahu apa yang hendak dibuat atau sebagai bahan bacaan yang kosong.

Sudah pasti ramai yang setuju dengan pendapat yang saya utarakan di atas. Pendek kata, komik hanya satu bahan bacaan kosong yang tiada apa-apa faedah atau boleh membawa apa-apa manfaat kepada si pembaca itu. Komik HANYALAH bahan bacaan kanak-kanak, remaja-remaja sekolah mahupun di kolej atau di IPT-IPT. Dan majoriti daripada kita (yang dewasa) menganggap membaca komik adalah satu perkara yang sia-sia, merugikan dan membuang masa sahaja.

Saya bukannya nak menerangkan tentang definisi atau maksud ataupun istilah-istilah untuk maksud komik ini. Apa yang ingin saya fokuskan di sini ialah tentang keistimewaan komik dan sebenarnya betapa ruginya kita (orang-orang dewasa) jikalau tidak membaca komik. Saya tidak fokuskan hanya pada komik tempatan sahaja, bahkan komik-komik luar juga.

Orang kata bangsa Amerika dan Jepun antara yang termaju di dunia, baik dari segi apa sekali pun. Begitu juga dalam bidang perfileman, misalnya. Industri filem di kedua negara tersebut sememangnya menakjubkan. Filem-filem Jepun sekarang pun sudah 'melepasi' atau 'menyelinap' masuk pasaran-pasaran luar terutamanya Benua Eropah dan Benua Amerika.

Tahukah anda bahawa di kedua negara yang saya sebutkan ini, industri komik merupakan antara yang paling tinggi di dunia. Kenapa saya kata industri? Kenapa saya gunakan perkataan industri di sini? Saya yakin perkatan industri adalah perkataan yang paling sesuai untuk penghasilan komik-komik di US dan Jepun.

Kenapa? Ingin saya nyatakan disini bahawa pelukis, penulis komik atau sesiapa sahaja yang bekerja di belakang tabir penghasilan sesatu komik, mendapat bayaran yang tinggi dan ramai yang menjadikan pekerjaan menghasilkan komik sebagai mata pencarian, sumber rezeki mereka.

Nama-nama seperti Mark Millar, Brian Azarello, Brian Michael Bendis, Neil Gaiman dan Steve Niles merupakan antara beberapa contoh penulis komik yang berjaya. Itu baru penulis komik, belum lagi pelukis-pelukis komik! Betapa hebatnya industri komik di US dan sesungguhnya masyarakat di sana tidak menganggap komik adalah sebagai bahan bacaan kosong.

Komik di US misalnya sudah mencecah berjuta-juta naskah untuk sesetengah judul komik yang popular. Jualan komik di US sudah lama menjadi satu fenomena yang tersendiri yang cukup membanggakan rakyat US. Tetapi bagaimana pula dengan rakyat kita? Masyarakat kita?

Berapa orang sahaja yang membaca komik dari golongan dewasa? Rasanya boleh dikira dengan jari. Jumlah masyarakat dewasa Malaysia yang membaca komik boleh dikatakan tidak sampai pun 5% atau mungkin kurang dari itu.

Kebanyakkan orang dewasa menganggap komik HANYA untuk budak-budak, untuk orang yang kurang matang atau membaca komik menjatuhkan taraf kedewasaan mereka dan tidak keterlaluan jika saya mengatakan mereka menganggap membaca komik hanya untuk manusia-manusia 'poyo'.

Sebenarnya masyarakat kita silap. Silap dari segi interpetasi mereka tentang komik. Mereka tidak sedar bahawa komik sebenarnya amat istimewa kalau dibandingkan dari novel-novel atau cerpen. Komik adalah satu hikmat seorang penglipurlara tersohor. Satu hikmat yang hebat, yang mana tidak ada pada semua orang.

Cuba kita fikir apakah kerja-kerja seorang pengarah filem? Bukan setakat mengarahkan pelakon-pelakon untuk berlakon semata-mata, dia juga perlu mengambil kira banyak segi, Ruang, lokasi perfileman, suasana ketika pengambaran filem dan banyak lagi. Dan hasilnya kita dapat lihat dalam sesebuah filem. Jikalau filem itu berjaya maka pengarah filem itu akan mendapat anugerah dan pengiktirafan besar. Bagaimana pula dengan seorang pelukis komik?

Sedarkah kita apakah tugas seorang pelukis komik? Tidak keterlaluan jika saya katakan tugas seorang pelukis komik adalah lebih susah dari tugas seorang pengarah filem. Jika kita sebut dari segi ekspresi muka seorang pelakon filem maka cuba kita lihat dalam komik. Adakah ekspresi itu dihasilkan oleh seorang pelakon komik? Sudah tentu tidak sama sekali.

Disinilah kehebatan seorang pelukis komik. Setiap panel ke panel lukisannya mengandungi bermacam-macam ekspresi. Marah, sedih, gembira, bimbang, ceria, takut, sakit, nazak dan macam-macam lagi. Ekspresi ini perlu dilukiskan oleh seorang pelukis komik. Cuba fikir sejenak, adakah itu satu perkara yang mudah dan senang?

Untuk menggambarkan ekspresi ini bukanlah sesuatu yang senang dan remeh. Seorang pelukis komik perlu menggambarkannya sebaik mungkin untuk mengekalkan rupa paras satu-satu watak serta ekspresinya. Bukan satu malah banyak watak yang perlu dilukis. Susahkan? Bagi kita yang tidak pandai melukis sudah tentu merasakan peritnya kalau difikirkan. Bagaimana pula dengan pelukis komik itu sendiri? Adakah seorang pengarah filem perlu lakukan itu semua?

Sebenarnya banyak yang ingin saya utarakan tetapi cukup setakat ini dahulu. Saya tunggu kalau-kalau ada komen dari pembaca blog ini.

Bersambung dilain post.

8 comments:

Anonymous said...

Saya baca komik dari kecil sehingga besar.Daripada zaman komik kecil dalam keropok sampailah zaman komik jadi lebih mahal daripada buku sekarang.Dahulu cuma ada majalah macam Gila2 dan Ujang sahaja.Sekarang ni jadi rambang mata dengan perkembangan dan pertambahan macam-macam jenis komik.My all time fav masih lagi Lat yang pada saya sangat original.Tapi sekarang saya cuma stick to komik2 dari HK yang diterjemah dan juga komik2 ala novel(what do you people in the industry call that?) macam Detektif Hantu, Jejak Odesi, etc.Satu sebab BM, satu lagi sebab harga yang murah.Umur dah lebih 25 tapi saya masih lagi membaca komik cuma saya dah tinggalkan baca Gila2 and majalah humor yang seangkatan.

Saya sangat kagum dengan hasil kerja Ma Wing Shing(HK).Antara komik yang paling cantik dari segi lukisan yang saya baca,dan dengan cerita yang best juga.Bila membaca komik beliau,kita seakan menonton wayang bukan membaca.Pelukis mat saleh pun cantik juga tapi kalau di Malaysia ni tak berapa laku la sebab language barrier dan juga harga.Nak dapat pun susah unless you live in the city.

Pelukis kartun macam mana pula?Saya rasa pelukis kartun macam untuk majalah Gila2 semakin lesu.Banyak majalah baru,pelukis baru sekarang ni.Lukisan pun bukan lagi lukisan 'kartun' tapi sudah jadi makin realistik dan rasanya banyak pengaruh daripada Manga Jepun.

Nak dapatkan komik luar bukanlah murah, cecah puluhan ringgit.Kalau saya hendak baca cuma dapat baca di Kinokunya atau MPH sahaja.Baca secara percuma sebab kalau hendak beli terlalu mahal.

Lagi satu,saya paling suka komik hasil kerja Wee Tian Beng (dari Singapore rasanya). Walaupun black and white tapi hasilnya memang superb dan puas hati.Pada saya,Return of Condor Heroes dengan Celestial Zone adalah karya beliau yang paling hebat.Tu belum masuk Wesley Adventure-nya lagi yang pun memang best dibaca.wee tian saya perasan tidak menggunakan jalan cerita secara naratif untuk komik beliau tetapi kita membaca komik beliau daripada pandangan watak2 dalam komik beliau sendiri.Instead of getting 'She walks into the woods without knowing bla...bla...bla'(very boring and stereotype) we get "What is this place? Where am I?"(cool, as if we're moving with the character).

Kesimpulan saya,komik di Malaysia mmg dipandang sebagai sesuatu yang kebudak-budakan oleh ramai orang.Itu persepsi mereka.Membuang masa.Membuang duit.Sebab pada mereka komik cuma kartun sahaja.

Pada saya pula,pelukis komik bukan sekadar perlu ada bakat untuk melukis sahaja tapi juga perlu ada bakat untuk menterjemah cerita dan juga bercerita.

Err...aku mengarut banyak sangat ke?Sorry, pendapat ke sana ke mari sebab tak reti nak susun ayat.He he he...

Anonymous said...

Hi...me again.I love comics and I definitely would love to get a copy of your AG.I accidentally found this blog and got to know about it. Pretty interesting.How and where? Newstands?Specially ordered?

Thanks. When are you going to update this blog? Dah masuk bulan 9 dah...

stone said...

hi mart...
thanks for the comment
pretty interesting...
you got your point there.

about the AG zine
right now, issue #5 is out of stock
wait until i re-print it
around this weekend, hope so...

before that, just email me your particular like full name, address n your contact number and i will reply with the method of payment.
Email to ag_zine@yahoo.com

stone said...

tgh takde idea ni
may be tgh bulan ni aku update balik
insyaALLAH

Anonymous said...

aku sejak dah ada keluarga nih.. trus trang bajet utk komik ..local/oversea.. dah kurang..

so "memiliki" bukan lagi 1 kemestian... ARGGGHH!..

ada keperluan lain yg lebih penting sejajar dgn kehidupan yg perlu belanja di lembah klang nih..

tp .. kalu hati sudah geram.. kengkadang selok poket gak..kluarkan sen2 yg ada utk beli komik.. hehehe..lepas geram daaaa..

aku part komik semua jenis aku blasah..

kadang tu 1 page aku bley tenung sampai 10 minit.. menghayati setiap panel + stroke + perspektif.. whatever laaa.. walopon citer x best..

lately nih aku suke nengok komik2 perancis.. cam best plak..walopon spatah haram x reti bahse dia..

cam citer "De Capes et De Crocs".. "Polstar".. "Berceuse Assassine"..

ok tu je..pnat dah taip :)

Kalamtimur said...

Salamz Madstone, tahniah untuk AG yang terus-menerus berada dipasaran setiap kali ada aktiviti Balai Seni. Booking untuk AG#10 dan backdated AG#9. Nanti kawan beruristertus dengan Nurie.

Kalamtimur said...

salah eja lah pulak:...urusterus, hehehe

stone said...

oraitt....no problemo

sebarang order kalau nak cepat boleh order terus ke ag_zine@yahoo.com