Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ILAHI diatas kurniaannya selama ini. sekarang ag sudah berusia 9 bulan, lagi 3 bulan pu;a akan mencecah umur 1 tahun penerbitan. alhamdulillah.
Aku baru sahaja selesai membaca beberapa buah komik keluaran luar negara iaitu Superman: Birthright, Superman: For Tomorrow, Punisher & Wolverine dan The Ultimates vol 1.
Apa yang dapat aku rumuskan disini ialah bagaimana penulis-penulis komik ini berjaya menarik emosional pembaca untuk meneruskan pembacaan walaupun komik itu tebalnya 150 mukasurat lebih?!
Aku cukup kagum dengan penulis-penulis seperti Brian Azarello ( 100 Bullets ), Mark Waid, Mark Millar, Brian Michael Bendis dan Peter Milligan. Mereka berjaya mengolah komik-komik hasil tulisan mereka dengan cara yang tersendiri. Mark Millar misalnya, komik tulisannya, The Ultimates vol 1 berjaya memupuk semangat patriotik dalam tulisannya, Peter Milligan pula berjaya memupuk semangat setiakawan antara 2 watak hero, Brian Micahel Bendis pula berjaya mengolah kembali cerita-cerita komik lama untuk mengembalikan nostalgianya dalam bentuk persembahan yang baru dan bertenaga mengikut millenium ini.
Mark Waid pula dalam Superman: Birthright, berjaya menimbulakn ketegangan emosi antara Clark Kent dan Lex Luthor serta bagaimana cara mengendali emosi ibu bapa kita.
Itu adalah antara beberapa contoh tulisan-tulisan hebat penulis komik terkini yang sempat aku baca. komik-komik sebegini sebenarnya banyak di pasaran dan aku hampa kerana aku tidak menemuinya dalam komik-komik tempatan. Komik tempatan kebanyakkannya hanya memfokuskan kepada stroke dan gaya lukisan semata-mata. Lukisan memang hebat tetapi penulisan masih lemah dan ditahap yang mengecewakan.
Dari sudut 'stroke' dan gaya lukisan, memang mengagumkan tetapi dari sudut penulisan pula menjadi sebaliknya.
Kenapa aku berkata demikian? Cuba kita lihat komik luar dari US contohnya, berapakah tenaga produksi untuk komik itu? Seorang? Dua orang? Jawapannya tidak seorang mahupun 2 orang. The Ultimates vol 1 contohnya mempunyai hampir 10 orang tenaga!
Penulisnya, pensel, pendakwat, tukang warna dan pemilih teks adalah antara orang-orang yang terlibat dalam produksi sesebuah komik dari US. Cuba bezakan berapa orang yang terlibat di belakang tabir komik tempatan? 2 orang atau 3 orang? Jawapannya, hampir kesemua komik tempatan adalah 'one man show'. Aku kata hampir kesemuannya, tidak semua, ok?
Jadi, sampai bila usaha komik tempatan akan maju jikalau beginilah sikap kita sebagai aktivis komik tempatan? Sampai bila kita hendak menghasilkan komik secara 'one man show'?
Cuba fikirkan. Bersambung di AG #10 nanti.
No comments:
Post a Comment